Assalamu’alaikum…

Apa khabar semua. harap-harap sihat. Lagi-lagi musim hujan sekarang ni kan??.. Alhamdulillah saya pon sihat. Banyak jugak yang saya masak atas permintaan adik-adik saya terutamanya Satay Ikan ni. Pernah tak nampak pakcik bawak motor jual satay ikan ni? kat pasar malan pon ada. Kalau kita nak beli, dia panaskan atas bara api dulu, makan dengan sos manis… sedapp sangat.

Dulu masa sekolah rendah, ada pakcik Indon ni selalu tunggu depan sekolah jual satay ikan ni. Saya suka tapi Bonda saya tak bagi makan. Saya marah sangat sebab kawan-kawan semua selalu beli, tapi saya dapat tengok je. Nak curi-curi beli memang tak sempat sebab bila keluar sekolah, Bonda memang dah tunggu depan pagar. meleleh air liur je la. hehehe…

Dulu masa kecik tak taw kenapa Bonda tak bagi beli. Bila dah besar, baru saya tahu yang menjual warga asing dan Bonda mungkin bimbang kebersihan masa dia membuat Satay Ikan ni. mungkinlah. hehehe…

So bila dah besar ni terasa nak makan pulak. Kebetulan plak kawan saya, dia buat Satay Ikan ni, terus la mintak resepi. Dia lagilah, orang Kelantan (Kelantan panggil Satay Ikan ni Lokcing) memang feveret, pastu duduk plak Jepun, memang kena buat sendiri laa kan. Jom tengok resepi bawah ni…

Artikel Lainnya:

Satai Ikan

Bahan-bahan:

  • 250g isi ikan selayang (tak payah resbus) – dikisar lumat
  • 100gm tepung ubi kayu/tepung kanji
  • 1/2 biji bawang besar – dikisar
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu teh serbuk perasa
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-cara Membuat:

  • Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat.
  • Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan soda bikarbonat
  • Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil. penyet-penyet sikit lepas bulat.
  • Panaskan minyak dan goreng sekejap.
  • Cucukkan pada lidi dan bakar sekejap (api pelan aje ye kang rentung huhu…)

P/S: Kalau adunan tu lembik, tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan tu tak melekat di tangan.

Sos Manis

Bahan-bahan:

  • 4 ulas bawang putih – dikisar lumat
  • 1 ½ cawan air
  • 1 sudu sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji –dibancuh dengan 2 sudu besar air
  • 4 sudu makan gula
  • ½ sudu makan garam
  • Sedikit serbuk perasa
  • Sedikit pewarna merah

Cara-cara Membuat:

  • Tumiskan bawang putih dalam periuk. (Tanpa minyak)
  • Masukkan air.
  • Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan pewarna merah. Warna merah tu pakai sikit je untuk nampak warna pink. Kacau.
  • Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh dan kacau sehingga mendidih.
  • Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.

Puas hati ngan resepi lokching ni.. Sangat menjimatkan, cuma malasnya nak bulat-bulatkan tu.. hahaha… Hingga ketemu lagi dan selamat mencuba… 😉

Read More: Resepi Ikan Cencaru Bakar Dengan Air Asam dan Sambal Kicap Paling Sedap

Resepi Satay Ikan (Lokching) Dengan Sos Manis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *