Assalamu’alaikum…

Resepi Sardin Masak Kicap Pedas Paling Mudah dan Lazat – Entri ringkas-ringkas jer ni, nak cakap pun ringkas jer bersesuaian dengan masakan ringkas yang dibuat. Menu yang menjadi pojaan hati ku (termasuk jugak cik abang), setelah sekian lama tak masak. Ni menu hari apa ek.. Sabtu kut (ni la akibatnya bila lemau menghapdet, bukan tak masak tapi duk peram jer gambar-gambar masakan dalam fail hehe…).

Buat ni masa Aisyah ada perkemahan kat sekolah. Dia tak minat masakan sardin, jadi kena buat time dia tak ada jer. Best betul melayan masakan sardin, pastu pekena dengan telur dadar dan sambal kicap yang dipotong cili padi. Enak weh… Sila layari juga channel youtubenya klik di SINI.

Sardin adalah makanan kegemaran saya sejak kecil. Kalau nampak jer sardin, macam mana kenyang pun saya tetap akan menjamah jika ada lauk sardin. Maklum saya dibesarkan di kampung yang berhampiran dengan laut, jadi ikan laut adalah sangat murah berbanding dengan ikan sardin.

Resepi Masakan Ikan Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 1 tin besar sardin – asingkan kuahnya
  • 2 biji ubi kentang – dikupas dan dibelah 6

Bahan Tumis:

  • 5 biji bawang merah – dikisar
  • 3 ulas bawang putih – dikisar
  • 1 biji bawang besar – dikisar
  • 2 sudu besar lada hitam – dikisar
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji lada putih
  • 2 biji buah pelaga
  • 3-4 atau secukupnya sudu besar kicap
  • Sedikit air
  • Gula dan garam secukup rasa
  • 1 biji bawang besar – potong bulat
  • 10 tangkai cili padi – diketuk

Cara-cara Membuatnya:

  • Kupas kentang, bersihkan dan dibelah enam. Panaskan minyak dan goreng kentang tadi sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  • Di dalam kuali yang sama goreng sardin yang telah ditoskan kuahnya. Goreng sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  • Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, lada putih dan buah pelaga sehingga naik bau.
  • Kemudian tumiskan pula bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Kacau dan tumiskan sehingga naik bau.
  • Masukkan pula kuah sardine dan kicap secukupnya. Kacau rata. Jika kuah pekat atau ingin berkuah tambahkan sedikit air.
  • Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
  • Masukkan pula cili padi dan bawang merah. Kacau rata.
  • Akhir sekali masukkan sardine dan kentang yang telah digoreng tadi. Kacau rata. Siap.

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat Resepi Sardin Masak Kicap Pedas ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah perut anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera…

Read More: Resepi Sup Ikan Kerapu Mudah dan Sedap Spesial

Resepi Sardin Masak Kicap Pedas Paling Mudah dan Lazat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *