Assalamu’alaikum…

Resepi Sardin Goreng Halia Ringkas dan Menyelerakan – Orang kata Sardin ni ibarat makanan yang paling munasabah untuk dinikmati ketika sedang ‘sesak’. Ya lah, murah kan? Siapa yang bujang-bujang tu mesti bersusun tin sardin dalam kabinet dapur.

Penulis pun masa tengah belajar dulu, agak-agak malas nak makan di luar, masak sambal sardin pun dah cukup mewah dan mengenyangkan. Senang kata, Sardin ni adalah makanan yang paling versatile, masak cara apa pun mesti sedap rasanya.

Sardin dah sinonim dengan keluarga saya sejak kecil lagi. Jika dulu harga bermula dengan RM 4++ satu tin kini dah mencanak naik RM8++, Tapi itu bukan alasan untuk katakan tak pada sardin yang menjadi pilihan sehingga hari ni Ayam Brand. Bila ada sardin depan mata, lauk lain pun tenggelam. Zaman saya kekecik dulu bonda selalu beli sardin sebab permintaan si anak kan. Pasti si bonda ingin penuhi permintaan anaknya.

Tapi harini satu perkongsian istimewa saya untuk semua, resepi sardin yang diilhamkan oleh bonda sejak dulu lagi. Kalau bonda yang masak lauk kegemaran saya, for sure 2-3 pinggan nasi tambah. Tak pandang lauk lain pun. Siapa kata sardin ada lah lauk terdesak, tapi kalau korang olahkan resepi sardin ni, macam-macam menu korang boleh dapat tau. Tak rugi explore sambil belajar.

Sebaik habis membaca resepi ini, anda mesti bergegas ke kedai mencari Sardin sejurus balik kerja nanti, dan langsung Mencuba buat.. 🙂

Bahan-bahan:

  • 1 tin sardin bersaiz besar (asingkan sos)
  • 4 batang cili masak (dibelah dua secara memanjang tanpa perlu membuang bijinya)
  • 1 1/2 inci halia (dihiris halus-halus)
  • 4 ulas bawang merah (dihiris halus)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • Air asam jawa secukup rasa
  • 1/2 cawan minyak untuk menggoreng
  • Garam dan Ajinomoto secukup rasa

Cara Penyediaan:

  • Panaskan minyak untuk menggoreng ikan sardin sehingga garing. Hati-hati kerana minyak akan meletup. Setelah selesai, alihkan ikan tadi.
  • Dengan menggunakan kuali dan sisa minyak gorengan ikan, tumiskan bahan hirisan sehingga wangi.
  • Tuangkan sos tomato sardin serta cili dan air asam jawa sesedap rasa. Masak sehingga sebati.
    kacau perlahan supaya sardin tidak hancur.
  • Masukkan secubit garam dan ajinomoto untuk perasa.
  • Apabila ia telah matang, angkat dan kemudian sajikan.

Selamat mencuba dan semoga berjaya…

Read More: Resepi Roti Sardin Gulung Rangup Mudah dan Sedap

Resepi Sardin Goreng Halia Ringkas dan Menyelerakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *