Assalamualaikum

Salam pagi Sabtu dan selamat memulakan tugas. Sudah lama saya tak makan ikan, hari ini saya ingin berkongsi Resepi Sandwich Sardin Sedap. Resepi hari ni sangatlah mudah dan ringkas. Yang paling saya suka dari resepi ini adalah kerana sangat mudah dan ringkas, malah rasanya semua orang tau buat sandwich sardin.

Sebenarnya, saya malas untuk kongsikan resepi ini kerana saya fikir semua orang pasti lah tahu cara buatnya. Rasanya semua orang tau buat sandwich sardin, tetapi saya kongsikan juga resepi ini kerana ada permintaan dari pembaca yang masih di bangku sekolah. Terharu bila mereka rajin mencuba resepi-resepi ringkas di blog saya dan menghantar pesan di FB untuk meminta resepi mudah untuk di cuba.

 

Sebenarnya, saya tengok kat cik google sudah banyak yang berkongsi resepi ini. Tetapi saya fikir lain orang lain cara dan resepinya. Tetapi saya mempercayai resepi yang mereka kongsikan pasti lah sedap kerana sudah di ubah sesuaikan dengan kretiviti masing-masing. Mungkin anda tertanya “kenapa banyak blogger yang susah-susah buat resepi kemudian mereka kongsikan resepi kreativitinya kat blog?” mungkin jawapan setiap blogger berbeza tetapi bagi saya sendiri sangat gembira dan berbangga apabila resepi yang saya buat boleh membantu orang lain.

Oke kembali ke resepi, resepi yang saya kongsikan ini lebih kepada anak-anak yang baru belajar memasak, jadi pastinya sangat mudah ringkas. jom kita layan resepinya dibawah..

Baca Juga: 

Bahan-bahan:

  • Sardin / Tuna ( 1 tin besar cukup untuk 2 buku roti sandwich yang panjang)
  • 1 biji bawang merah
  • Salad / Timun/ Tomato
  • Planta
  • 2 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar Mayonese
  • 1 biji limau kasturi

Cara-cara penyediaan:

  • Ada 2 kaedah. Nak buat sardine masak atau guna sardine dalam tin terus tanpa masak. Untuk yang masak, tumiskan bawang merah, bawang putih, halia.
  • Kemudian masukkan sardine. Dah masak ambil ikannya sahaja. Hancurkan. Perahkan sikit air limau kasturi. Gaul sebati.
  • Untuk yang tak nak masak, keluarkan isi sardine. Hancurkan. Bawang potong dadu kecil-kecil.
  • Gaulkan dengan isi sardine. Perahkan sedikit air limau kasturi. Gaul rata.
  • Campurkan sardine yang dah hancur dengan mayonese dan sos cili. Kalau nak pedas, boleh racikkan cili padi dan gaul sebati.
  • Sapu rata planta atas setiap permukaan roti yang nak digunakan.
  • Roti pertama susunkan salad/ timun/ tomato. Nak letak semua pun boleh. Lapiskan dengan roti. Letak sardine atas roti kedua. Lapiskan dengan roti ketiga.
  • Potong tepi roti. Lepas tu potong ikut suka. Nak bentuk tiga segi ke. Empat segi ke. Kalau nak cantik, lapikkan dengan dolly paper atau paper cup masa nak susun. Nampak kemas dan elegant gitu 🙂 🙂

Tips:

  • Salad, timun dan tomato dipotong nipis dan simpan dalam peti ais sekejap untuk bagi dia crunchy dan kering airnya. Nanti tak la meresap dalam roti sandwich tu.
  • Letak sardine di tengah-tengah roti. Rata kan sikit tapi bajet-bajet jangan sampai ke tepi roti. Sebab nanti masa nak potong, bila kita tekan sket dia akan spread evenly. Kalau terlebih ke tepi nanti meleleh. Lagipun nak potong tepi roti tu kan. Kalau ada sardine kat situ, rugi plak.
  • Guna salad kerinting tu. Kalau  tak de salad yang selalu orang buat nasi ayam pun boleh. Tapi seeloknya di potong-potong sket supaya senang nak susun atas roti nanti.

Selamat Mencuba…!!!

Read More: Resepi Ikan Keli Goreng Thai Spesial

Resepi Sandwich Sardin Sedap, Mudah dan Ringkas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *