Assalamu’alaikum…

Kali ini saya akan berkongsi Resepi Sambal Tumis Udang Petai, hidangan yang cukup membuka selera terutamanya buat penggemar ulam petai. Walaupun petai mempunyai bau yang kurang menyenangkan, tapi rasanya sedap dan mempunyai khasiat yang sangat tinggi seperti mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, anemia (kerana kandungan vitamin B6 yang tinggi di dalam petai) dapat membantu stimulasi darah merah dan juga beberapa khasiat lain.

Sekarang kita tengok resepi pula. Masak sambal tumis adalah masakan yang paling feveret di rumah ini. Kalau memasak, kira main campak-campak jer sebab dah memang expert habis lah. Yang penting di dalam memasak adalah praktis dan praktis dan praktis, itu jua nasihat saya pada Liza, kawan baik Aisyah yang mahu belajar memasak sebagai persediaan menjadi isteri yang terbaik. Tahniah saya bangga dengan keazaman Liza untuk memberi yang terbaik…

Kombinasi udang dan petai juga sangat terbaik. Kunci utama untuk sambal yang sedap ialah sambal harus dimasak di dalam miyak yang banyak dan harus ditumis sehingga pecah minyak. Jom layan resepi mudah dan sedap ini. Inilah lauk yang paling saya suka sediakan kerana mudah dan rasanya pun sedap. Apalagi bila sambalnya digaul gaul dengan nasi putih panas panas…. Memang terbaiiik…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 15 ekor udang bersaiz besar, dibersihkan
  • 2 papan petai, ambil isinya
  • 1 biji bawang besar, hiris kasar
  • 1 camca teh pes asam jawa
  • 3/4 senduk nasi cili kisar
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar Halus:

  • 5 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji cili merah, buang biji kalau tak suka pedas
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci belacan, dibakar

Cara Membuat:

  • Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/4 cawan).
  • Tumis bahan-bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  • Tambah 1 camca besar minyak jika perlu.
  • Masukkan pes asam jawa dan kacau rata.
  • Tambah petai dan masak hingga petai lembut sedikit. Masuk udang dan bawang besar. Gaul rata.
  • Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap, dan boleh matikan api.
  • Hidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan ulam-ulaman.

Tips:

Udang jangan terlebih masak kerana isinya akan menjadi keras, kecut dan tidak sedap. Memadai dengan hanya kacau beberapa minit di dalam sambal dan apabila isinya sudah bertukar menjadi merah, tutup api.

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat resepi ini?… sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah perut anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Saya ikut kongsikan juga kerana saya buat blog ini untuk rujukkan masakan harian keluarga. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang saya kongsikan. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba…

Read More: Asam Pedas Tongkol Ala Terengganu Paling Mudah dan Sedap

Resepi Sambal Tumis Udang Petai Paling Sedap dan Terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *