Assalamu’alaikum…

Hari ini saya ingin berkongsi Resepi Sambal Tumis Udang Paling Sedap dan Ringkas, apabila anda pernah cuba makan sambal udang ini pasti lah setuju dengan saya, rasanya amat sedap dan menyelerakan kan?… Kebetulan hari ini saya tengah bercuti jadi saya manfaatkan masa untuk berkongsi resepi, rasa-rasanya sudah lama saya tidak berkongsi mungkin sudah 2 minggu lepas. Maklum saya adalah seorang yang sibuk. Tetapi sebagai suri rumah memasak adalah wajib, kan?…

Yang paling saya suka dari sambal udang ini selain rasanya yang sedap dan bahan-bahan yang digunakan amat ringkas adalah penyediaanya tidak memerlukan masa yang panjang. sangat sesuai untuk anda cuba apabila anda termasuk orang yang sibuk macam saya. Resepi ini akan lebih sedap apabila anda menggunakan udang yang masih segar, sebab rasa manis udang yang masih segar akan menambah rasa lazat pada kuah. Sambal udang sangat sesuai apabila dijadikan sebagai menu hidangan tengah hari dan disediakan bersama nasi putih panas atau nasi lemak. Eemmm.. percaya tak, saya menulis ini sambil menelan air liur kerana membayangkan kelezatan dari sambal ini.

Saya tengok kat cik google sebenarnya sudah banyak yang kongsikan resepi sambal tumis udang, tetapi tak apa-apa kan saya ikut kongsikan resepi ini jugak. Sebab saya sangat berharap blog ini boleh dijadikan rujukkan oleh generasi di masa hadapan. Sebelum kita mula resepi, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua yang sudi melawat ke blog saya ini, blog ini inshaa allah akan terus ada di Internet apabila anda mahu untuk melawat.

Okey… kembali ke resepi, resepi ini saya pelajari dari kawan di Terengganu. kawan saya tu memang pandai sangat buat sambal udang ini. Terima kasih kepada beliau kerana sudah sudi share ilmu ini kepada saya. Jom kita layan Resepi Sambal Tumis Udang Paling Sedap dan Ringkas di bawah..

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 500g udang, dibersihkan
  • 1/2 biji bawang besar, potong nipis
  • 1 batang serai, dititik
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 2 sudu besar sos tiram

Bahan untuk dikisar:

  • 3 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 10-12 tangkai cili kering, dibuang biji
  • 1 biji bawang besar

Cara Penyediaan:

  • Rebus cili kering seketika, toskan air dan kisar halus bersama bahan kisar yang lain.
  • Dalam kuali, panaskan 2 senduk minyak masak dan kemudian tumis bawang besar sehingga kekuningan.
  • Masukkan bahan kisar, masak hingga naik bau dan pecah minyak.
  • Tuangkan air asam jawa, sos tiram serta masukkan serai yang dititik.
  • Kemudian masukkan udang, garam dan gula secukup rasa. Masak seketika dalam anggaran masa 5-7 minit atau sehingga mendidih.
  • Angkat dan hidangkan.

Petua dari saya: Untuk mendapatkan warna sambal yang merah menyala tu, masa potong cili ambil yang merah sahaja. Kalau ada yang dah coklat atau yang macam buruk-buruk tu buang ya. Sebab kalau di kisar sekali sambal tu warnanya tak cantik nanti.

Sambal ni bukan sahaja bergantung pada cili tapi juga pada bawang yang di gunakan. Kalau sambal nak sedap guna bawang merah kecil, jangan guna bawang besar. Biasa ramai yang malas nak kupas bawang kecik mereka suka guna bawang besar. Sebab bawang tu besar kan mudah di kupas dan satu dua biji dah cukup. Tapi kalau sambal nak sedap guna bawang kecil dan bawang ni letak banyak-banyak baru kuah sambal tu manis dan enak.

Satu lagi tips sambal nak sedap, enak dan tahan lama:¬†Minyak masa menumis kena banyak. Minyak yang banyak buatkan sambal tahan lama terutamanya sambal ikan bilis, kalau tak panaskan pun tahan berhari-hari. Tapi kalau sambal udang kena selalu panaskan ya…

Masa menumis juga kena lama, supaya bawang dan cili benar-benar garing dan hilang bau atau rasa maung cili. Lagi satu, kalau nak sambal merah gula kena banyak. Sambal yang sedap ianya mesti secukup rasa manisnya, pedasnya, masin dan masamnya… baru lah kaw!

Mudah dan ringkas sahaja kan resepi ini?… Apabila bermanfaat sila share. Selamat Mencuba…

Read More: Asam Pedas Melaka Asli Paling Sedap yang Wajib Cuba

Resepi Sambal Tumis Udang Paling Sedap dan Ringkas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *