Assalamu’laikum…

Resepi Sambal Tumis Terubuk Masin Paling Lazat – Cuaca yang kejap panas dan selalunya hujan ini membuatkan perut seolah sedang masuk rancangan Voice Mentor Fenomania menyanyi terus. Entah apa lagi yang hendak dimasak kalau di dapur tu stok barangan makannya belum ada sesiapa yang sempat hendak mengisinya.

Raba sana raba sini…saya terjumpa dengan sebungkus ikan terubuk masin yang diberi oleh anakanda Iwan dan Ida yang pulang bercuti ke Kuching baru-baru ini. Eee…tak kan nak makan nasi dengan ikan masin terubuk ni aje? Mesti nak kena ada sayur lemak atau apa sahaja yang seangkatan dengannya yang dapat membangkitkan selera, kan?..

Maka dengan rajinnya saya potong kecil dan digoreng garing dan dimasukkan ke dalam sambal tumis menggantikan ikan bilis. Anak-anak saya kurang gemar dengan ikan bilis yang dijadikan sambal tumis. Tahukah anak-anak ikan terubuk ini sejenis ikan yang mempunyai banyak tulang yang rapat dan halus? Jika mata kurang terang dan kepada anak-anak yang kurang sifat sabarnya itu…sila abaikan sahaja ikan ini kerana bimbang tercekik tulang. Sila Layari juga channel youtubenya klik di SINI.

Bahan-bahannya:

  • 1 ekor ikan terubuk masin – dibuang sisiknya, dipotong dan dibersihkan.
  • 6 sudu makan cili kering kisar
  • 1 sudu makan asam jawa – dicampur dengan 1 cawan air
  • 1 biji bawang besar – dimayang bulat
  • Garam
  • Gula

Bahan Tumbuk Lumat:

  • 2 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah

Cara-cara Membuatnya:

  • Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan terubuk hingga masak. Ke tepikan.
  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  • Masukkan cili kering kisar. Tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
  • Masukkan air asam jawa. Kacau rata.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Masukkan bawang besar yang dimayang bulat. Masak hingga bawang layu.
  • Masukkan ikan terubuk goreng tadi. Gaul rata.
  • Angkat dan hidangkan.

Sangat mudah dan simple kan untuk membuat resepi Sambal Tumis Terubuk Masin ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah dapur anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat. Selamat Mencuba…

Read More: Resepi Sambal Kentang Ikan Bilis Rangup dan Sedap

Resepi Sambal Tumis Terubuk Masin Paling Lazat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *