Assalamu’alaikum…

Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis dengan Petai – Alhamdulillah… hari ini boleh ber blog seperti biasa kembali. Risau betul semalam blog ini tidak dapat di access melalui google kerana kononnya ada virus atau di ceroboh (hack). Bila dapat e-mail dari nuffnang team petang semalam. Lega rasanya apabila di maklumkan segala kesulitan sudah dapat di atasi, dan blog ini selamat di layari seperti biasa. Macam-macam hal kan?…

Baiklah hari ini saya ingin berkongsi resepi yang sangat mudah, iaitu Sambal Tumis Ikan Bilis dengan Petai. Saya masih ingat lagi, masakan inilah yang pertama sekali saya masak, tapi tidak di masukkan petai, cuma sambal ikan bilis sahaja. Ketika itu saya berusia 11tahun, dan itu juga atas tunjuk ajar ibu. Tapi seperti biasalah, jika ibu ajar memasak dia hanya agak-agak dan main campak-campak saja bahan nya. Tapi yang anehnya rasanya tetap juga sedap. hehehe…

Resepi yang saya sertakan ini sesuai untuk yang baru belajar memasak, terutama sekali anak gadis saya yang berusia 11 tahun tu. Jadi bahan-bahan yang di gunakan sebaiknya yang di sukat agar masakan menjadi. Jom tengok resepi bawah ni ya…

Artikel Lainnya:

Bahan Sambal Tumis Ikan Bilis dengan Petai:

  • 1 genggam ikan bilis yang telah dibersihkan, direndam 5 minit dan toskan
  • 2 papan petai, ambik isinya
  • 1 biji bawang besar, hiris kasar
  • 1/2 camca besar pes asam jawa
  • 1 senduk nasi penuh cili kisar
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar halus:

  • 6 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci belacan
  • 3 biji cili merah

Cara Membuat Sambal Tumis Ikan Bilis dengan Petai:

  • Panaskan minyak dalam kuali, anggaran 1/2 cawan.
  • Tumis bahan-bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan naik minyak, guna api kecil dan kacau sentiasa. (minyak berlebihan tu anda boleh cedok keluar kemudian).
  • Masukkan pes asam jawa dan petai, kacau rata dan jika perlu tuang sedikit air, masak hingga petai lembut sedikit.
  • Tambah ikan bilis dan hirisan bawang besar, kacau. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula (anggaran 1 camca besar).
  • Kacau dan masak hingga pekat.
  • Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  • Hidangkan bersama nasi atau boleh dicicah dengan lempeng, roti dan sebagainya.

Tips:

  1. Kalau nak lagi sedap dan berlemak masukkan 1 senduk pati santan pekat akhir sekali, biarkan seketika sebelum padamkan api.
  2. Sambal mesti ada rasa manis manis sedikit, barulah sedap.

Petai boleh mengatasi masalah kesihatan seperti berikut:

Depresi: Petai mengandungi tryptophan; sejenis protein yang boleh ditukarkan kepada serotonin yang boleh membuat anda berehat, meningkatkan mood anda, dan boleh membuat anda berasa lebih selesa. petai boleh membantu melegakan gejala-gejala kemurungan untuk pesakit dengan gangguan kemurungan.

Anemia: Kekurangan besi di dalam badan boleh membawa kepada penghasilan hemogoblin, akibatnya anda akan pasti tidak terjejas oleh anemia. Walau bagaimanapun, Huntersville, iron-rich supaya ia boleh tolak bermulanya penubuhan Sabit.

Tekanan darah: Benih eksotik ini mempunyai kandungan kalium yang tinggi, tetapi kurang garam, yang dapat menakluk tekanan darah. Walaupun AS pentadbiran makanan dan ubat-ubatan memberi kebenaran kepada industri yang holistik untuk membuat tuntutan rasmi sebagai buah-buahan yang mempunyai fungsi untuk mengelakkan tekanan darah tinggi dan strok.

Kekuatan otak: Kandungan kalium sudah datang bersama ini buah-buahan boleh membantu dalam menyerap pelajaran atau lain-lain Sains baru. Pelajar-pelajar menjadi lebih peka dan terdapat juga peningkatan dalam keupayaan untuk mengingatinya.

Selamat mencuba dan semoga manfaat bagi semua… 🙂

Read More: Sambal Hitam Belimbing Buluh Pahang Sedap

Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis dengan Petai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *