Assalamu’alaikum…

Resepi Sambal Terung Ikan Bilis Paling Sedap – Malam tadi tak lena tidur dibuatnya gara-gara perlu bangun lebih awal dari biasa sebab kakak Aisyah perlu ada di sekolah sebelum 7 pagi sebab dia terlibat dengan perlawanan bola jaring antara sekolah-sekolah di Petaling Jaya ni. Dia yang nak berlawan, ibu pulak yang tak lena tidor. hehehe.. Bukan apa, tsayat sangat kalau-kalau ibu tak tersedar alarm handphone ibu yang berbunyi sangat-sangat romantik tu. Alhamdulillah… tersedar juga bila alarm berbunyi. Sempat gak goreng bihun goreng kunyit untuk sarapan anak-anak dan potong kek yang kakak Aisyah request suruh ibu buat untukk bawak bekal. Dapatlah bagi kawan-kawan team bola jaring dan coachnya merasa nanti.

Tahun lepas pun dia terlibat dengan bola jaring juga. Tak sangka lak tahun ni pun dia dapat jadi wakil sekolah lagi. Harap-harap kali ni team dorang dapat lsayakan yang terbaik dari tahun lepas. Tapi kalau takde rezeki nak buat macamana kan. Dah namanya pertandingan, adatlah ada yang menang ada yang kalah. Tahun ni kakak Aisyah jadi GS. Teringat masa zaman sekolah dulu-dulu. Walaupun berbadan besar (serupa kakak Aisyah juga) tapi aktif juga dengan bola jaring. Nampaknya kakak Aisyah pun ikut jejak ibu dia jugakk. hehehe..

Tapi masa saya dulu, tiap kali perlawanan antara rumah sukan atau wakil sekolah asyik-asyik saya kena jadi GK. Mentang-mentanglah saya yang paling besar dan paling tinggi dalam team tu. Saya sebenarnya tak suka sarung bib GK tu (ehh.. betul ke orang panggil bib? dah lupalah namanya baju luar yang ada tulis GS, GK, GD, WA.. C.. tuu..) sebabnya GK tu saya rasa macam shortform untuk GEMUK aje…kehkehkeh…

Oklah.. dah melalut-laut dah kan. Kalau dah bercerita memang tak boleh nak pendek-pendek. hehehe… Layan resepi lah pulak ye, resepi sempoi aje. Kali ni layan resepi sayur lagi ye. Dah lama tak masak sayur terung pesen gini, sesekali best jugak masa masak lauk ni.. lawannya ayam goreng, ayam masak merah dengan sambal tumis telur rebus.. berselera makan.. hehe..

Artikel Lainnya:

Penyediaan: 10 / Memasak: 10 / Keseluruhan: 20 minutes

Bahan-bahan:

  • 2 biji terung panjang bersaiz sederhana, hiris pada ketebalan 1.5 cm
  • 1 senduk cili kisar
  • 1 sudu kecil belacan (optional)
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 mangkuk ikan bilis goreng

Cara Penyediaan:

  • Panaskan minyak, dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan, kemudian masukkan cili kisar, sos cili dan belacan.
  • Masak sambal hingga pecah minyak. Jika kering, tambahkan sedikit air.
  • Masukkan terung dan kacau seketika sehingga masak, kemudian masukkan ikan bilis.
  • Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Kacau sebati, angkat dan hidang.
  • Hiaskan bersama daun bawang.

Selamat mencuba dan semoga berjaya… 😉

Read More:

Resepi Sambal Terung Ikan Bilis Paling Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *