Assalamu’alaikum…

Resepi Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai Simple dan Sedap – Hari ni sekali lagi nak kongsikan menu kampong yang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Kalau dapat sambal ni, takde lauk lain pun takper dah… berselera makan nasi dibuatnyer terlupa kejap segala diet-diet hehehe… Memandangkan durian & tempoyak yang baru (tempoyak yang belum masam) kat rumah tu tengah banyak, apalagi kan kita masak ler sambal tempoyak yang marbeles ni. Selain durian & tempoyak import dari kampong, petai tu pun dari kampong jugak. Ohya… weekend minggu lepas kami dah balik ke kampong mertua, jenguk-jenguk mertua sambil jenguk-jenguk buah doyan. hehehe… Makasih ye mak untuk semua-semua tu, saya sayang makk… Layari juga channel youtubenya klik di SINI.

Kalau anda all takde isi durian atau tempoyak yang baru (cuma ada tempoyak yang lama yang dah masam) pun boleh jugak nak masak gini. Cuma lebihkan sikit lagi tempoyak anggaran 2 sudu besar menggantikan isi durian & then kenalah tambah gula sebagai penambah rasa. Kalau tidak nanti sambalnya masam sangat tak syok pulak. Yang saya masak ni tempoyaknya tak masam lagi.. memang bestttt!! Feberet kakak Liza jugak ni walaupun dia tak makan petai. Cuma 2 beradik yang kecik tu je tak makan lagi sambal ni sebab tak tahan pedas. Jom kita tengok resepinya…

Bahan-bahan:

  • 2 papan petai
  • 2 sudu besar tempoyak
  • 2 genggam ikan bilis
  • 1 biji bawang besar*
  • 1 ulas bawang putih*
  • 15-20 biji cili api*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • Garam gula secukup rasa
  • Sedikit minyak utk menumis

Cara-cara Membuatnya:

  • Petai belah dua, basuh tos
  • Blend/tumbuk semua bahan yang bertanda *
  • Goreng ikan bilis hingga garing, ketepikan
  • Masukkan bahan tumbuk/blend dan petai, tumis hingga naik bau.
  • Masukkan tempoyak, kacau seketika dan masukkan ikan bilis
  • Masukkan Garam gula dan perasa secukupnya
  • Masukkan sedikit air, kacau dan masak hingga semua bahan mesra dan menjadi pekat
  • Jika terlalu pekat boleh tambah air lagi, rasakan biar secukup rasa. Angkat & bolehlah dihidangkan dengan nasi putih panas-panas.
  • Boleh jugak dicicah dengan jemput-jemput bawang/bilis & juga lempeng. Memang sedap…

Jika anda baru cuba nak masak Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai dan hasil sambal anda kurang sedap jangan kecewa terus cuba masak lagi. Selalunya semakin kerap anda cuba masak semakin anda mempelajari teknik dan cara yang terbaik untuk masak sambal tumis. Saya sendiri belajar dari try & error dan makin lama makin sedap la sambal yang dimasak. Resepi hanya la panduan tapi kekerapan anda masak yang akan jadikan anda mahir memilih bahan yang sesuai untuk masakkan anda masak itu.

Selamat mencuba dan semoga berjaya…

Read More: Resepi Ikan keli Panggang Lada Hitam Paling Sedap yang Special

Resepi Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai Simple dan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *