Assalamu’alaikum…

Minggu lepas balik kampung ramai-ramai dengan semua adik beradik sebab ada makcik buat kenduri untuk pergi umrah. Macam biasa bila balik kampung mesti nak bawak bekal macam-macam sebab mak banyak tanaman kat sekeliling rumah. Kutip je. Free.. Hehe. Tapi yang paling favorite ialah Sambal Tempoyak Ikan Bilis

Sebagai orang Pahang, stok tempoyak ni wajib ada kat rumah. Buat sambal ke, buat gulai ke, makan tempoyak saja pun boleh. Bila musim durian memang berbotol-botol la mak saya buat stok tempoyak. Tempoyak ni boleh simpan lama berbulan-bulan. Jadi jangan risau tempoyak basi ye. 😅

Masakan paling glamor guna tempoyak ni biasanya gulai tempoyak ikan patin. Lagi sedap kalau ikan patin fresh. Tapi kali ni saya nak tunjukkan cara buat sambal goreng tempoyak ikan bilis. Kalau dah biasa makan sambal tempoyak mentah, kena cuba buat sambal goreng tempoyak ni pulak. Lagi marbeles kalau guna tempoyak yang baru dibuat. Sebab masih ada rasa manis durian tu lagi. Kalau taknak guna ikan bilis, boleh jugak guna ikan lain gunakan resepi ni macam ikan tilapia, ikan patin atau apa-apa ikan yang korang suka. Ok jom tengok resepinya kat bawah.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Ikan Bilis ikut banyak mana
  • Tempoyak 3 sudu besar
  • Bawang besar satu biji – dihiris
  • Bawang putih 2 ulas – dikisar
  • Cili padi 25 biji (ikut tahap kepedasan,lagi pedas lagi piau) – dikisar
  • Garam secukupnya
  • Minyak

Cara-cara membuat:

  • Gorengkan ikan bilis sehingga garing kemudian letakkan ke tepi
  • Tumiskan bawang besar dan bahan yang telah dikisar
  • Kemudian masukkan garam dan oacau sehingga sebati
  • Masukkan tempoyak kemudian gaul sehingga rata
  • Akhir sekali masukkan ikan bilis dan gaul sehingga sebati
  • Siap untuk dihidangkan

Recipe Notes:

  • Tujuan masukkan ikan bilis apabila sambal telah sejuk ialah untuk mengekalkan kerangupan ikan bilis di dalam sambal. Kalau digaul semasa sambal masih panas, ikan bilis akan lemau.
  • Sambal goreng tempoyak ni memang sedap sangat kalau dibuat pedas-pedas. Biasanya Naz memang suka sambal yang betul-betul kawww!! Jadi ikutlah lidah masing-masing ye.
  • Bahan-bahan di atas tu hanya sebagai garis panduan saja. Boleh saja diubah suai supaya menjadi lebih sedap mengikut selera masing-masing.
  • Kalau gantikan ikan bilis dengan udang pun sedap.

Selamat mencuba dan semoga berjaya…

Read More : Resepi Ikan Bakar yang Lazat dan Menyelerakan

Resepi Sambal Tempoyak Ikan Bilis Pedas dan Gurih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *