Assalamu’alaikum…

Inilah lauk yang saya masak untuk dimakan bersama dengan nasi lemak hidangan sarapan pagi iaitu Sambal Sotong Kering, sebelum bertolak ke Johor untuk bercuti ke Singapura tempoh hari. Saya bertanya kenapa tidak ke Jakarta, jawabnya mereka belum bekerja, jadi mulakan dengan negara yang dekat dahulu sebab boleh drive dan boleh tidur di rumah Mila. Eemm.. bagus juga jawapan tu. Lagi pulak mereka semua sedang memikirkan hala tuju samada ingin membuat intern di Malaysia atau di Egypt.

Berbalik kepada Sambal Sotong Kering ini, ianya dibuat atas permintaan anak sebelum mereka pergi. Bagi memastikan sotong benar benar lembut, saya merendam sekurang kurangnya 6 jam atau semalaman dengan air abu dan air paip dalam nisbah 1:10 bahagian, diikuti dengan air panas selama lagi 1 jam sebelum dipotong untuk dimasak. Saya sendiri memang suka makan sotong kering yang rasanya memang sedap berbanding dengan sotong rendam.

Jom kita tengok Resepi Sambal Sotong Kering yang saya buat pagi ini. Sambal sotong Kering ini kiranya masakan yang memang sentiasa saya sediakan untuk keluarga saya. Jadi ianya macam orang kata lah, practice makes perfect kan. Begitu juga saya, banyak belajar tips untuk memasak Sambal Sotong Kering yang sedap.

Antara yang mesti diperhatikan untuk menghasilkan sambal yang sedap ialah penggunaan bawang yang banyak, cili kisar pula mesti digoreng sehingga garing dengan api perlahan. Manakala rasanya mesti agak manis dan gula pulak dimasukkan sebelum memasukkan bahan bahan lain. Selepas bahan tumis garing, masukkan gula terlebih dahulu. Dengan cara itu, warna sambal kita juga akan menjadi cantik dengan berwarna merah gelap. Untuk lebih jelasnya, jom tengok resepi bawah ini…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 8 keping sotong kering – rendam lembut dan cuci bersih
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 biji bawang besar – potong bulat
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 inci belacan

Bahan Kisar:

  • 10-15 tangkai cili kering – rendam lembut
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih

Cara Membuat:

  • Sotong di rebus sebentar hingga lembut, angkat dan toskan
  • Panaskan minyak, goreng bawang besar sehingga keperangan sikit
  • Masukkan belacan,goreng lagi hingga naik bau
  • Kemudian tumiskan bahan kisar hingga garing, harum dan terbit minyak
  • Masukkan air asam jawa , perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Kacau sehingga nampak naik minyak sikit
  • Masukkan sotong kering dan Masak hingga sambal hampir kering dan kuahnya pekat.

Untuk menambah kesedapan kuahnya, boleh lah… tambah serbuk pati ayam.¬†Pelbagai citarasa sambal sotong dan tahap keenakkan bergantung kepada kepakaran tukang masak dan juga ramuan yang digunakan. Hidangan sambal sotong kering kini telah menjadi menu pilihan dalam majlis kenduri dan perkahwinan yang dimakan dengan nasi minyak atau nasi putih.

Selamat mencuba ya… semoga berjaya…

Read More: Resepi Sotong Sumbat Kuah Percik yang Sedap Sangat

Resepi Sambal Sotong Kering Paling Mudah dan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *