Assalamu’alaikum…

Menu pembuka selera saya hari ni ialah Sambal Kering Kentang Campur Ikan Bilis. Saya rasa ramai yang suka makan sambal kentang ni kan.. Lagi-lagi sambal kentang yang rangup crunchy kaup krap gitu. Haha. Tambah pulak dengan iklan bilis garing, tempe, kacang tanah. Memang menyelerakan. Makan ni je ngan nasi panas pun dah cukup dah. Mesti tak cukup nasi sepinggan.

OK ni kisah suami saya. Peminat tegar sambal kentang. Katanya masa di kolej dulu hampir hari-hari buat sambal kentang ikan bilis. Lepas dah kahwin ni hari-hari pulak suruh isteri dia masak sambal kentang. Yang pastinya resepi isteri dia lebih sedap. Hehe. 😋😋 Dan ada rahsia macam mana nak dapatkan sambal kentang yang sedap dan rangup ni.

Dalam resepi ni saya tambahkan tempe dan jugak kacang tanah cuma saya yang tak ada tempe masa buat ni. Hehe. Kalau yang tak suka tu tak payah letak pun tak apa. Kalau suka tempe dan kacang memang extra sedap la.. Kentang dan tempe kena potong nipis supaya cepat garing dan rangup. Ikan bilis tu kalau nak lebih sedap dan rangup guna ikan bilis yang mahal sikit. Saya guna ikan bilis putih. Ok jom tengok resepinya.

Baca Juga: 

Bahan-bahan:

  • 4 biji ubi kentang yang besar – boleh tambah
  • 1 cawan ikan bilis – boleh tambah
  • 2 biji bawang besar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air asam jawa secukup rasa

Bahan-bahan di kisar halus:

  • 3 biji cili kering – direndam dlm air panas sampai kembang
  • 4 biji cili merah – boleh tambah
  • 4 biji cili api
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih yang besar
  • Belacan sebesar syiling 50 sen
  • Sedikit air

Cara-cara memasak:

  • Ubi kentang dikupas serta dipotong , rebus cili kering atau direndam dalam air mendidih sehingga kembang . Kisar semua bahan dan ketepikan .
  • Basuh ikan bilis dan tos , kemudian boleh digoreng ikan bilis sehingga agak garing . Goreng pula ubi kentang sehingga empuk lembut tos dan ketepikan dulu.
  • Sediakan kuali dan masukkan sedikit minyak , tumis bahan-bahan dikisar sehingga wangi .
  • Boleh la dimasukkan gula , air asam jawa dan kacau . Biar cili masak sampai bertukar warna dan pecah minyak.
  • Bila sambal dah masak masukkan bawang besar yang dipotong nipis membulat dan kacau sampai bawang layu .
  • Masukkan ikan bilis dan ubi kentang goreng tadi kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa , terus kacau bagi semua bahan mesra.
  • Kacau sambal dalam 1-2 minit lagi dan boleh la di tutup api dapur .
    Siap dah sambal ubi kentang ni , sedap dimakan dengan nasi biasa, nasi lemak atau roti .

Tips:

  • Pastikan sambal betul-betul sejuk sebelum memasukkan bahan goreng supaya bahan goreng menjadi rangup dan tidak lembik bila terkena panas sambal tadi.
  • Sambal harus dilebihkan gula supaya apabila sejuk nanti, sambal kering akan lebih rangup. Tapi jangan terlalu manis nanti tak sedap pula.
  • Jika suka lebih pedas boleh tambah cili lagi boleh ditambah atau kurangkan bahan ikut selera sendiri .

Selamat mencuba dan semoga berjaya…

Read More: Resepi Masakan Ikan Tenggiri Special Asam Pedas yang Lazat

Resepi Sambal Kering Kentang Campur Ikan Bilis Rangup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *