Assalamu’alaikum…

Resepi Sambal Kering Ikan Bilis Paling Sedap dan Simple – Resepi ini saya belajar dari Cikgu Zainab yang merupakan rakan sekolej semasa di universiti. Baiha berasal dari Melaka. Oleh kerana gagal menghubungi rakan saya Haryati Hashim yang selalu membawa Sambal Tumis Ikan Bilis Kering ke kolej setiap kali balik dari kampung, saya menanyakan kalau Zainab tahu cara memasaknya.

Kata Zainab, sama dengan sambal tumis biasa, cuma tidak dimasukkan air asam jawa sahaja. Cili pulak kena banyak supaya ianya bersambal, saya pulak hanya memasukkan 3 sudu besar cili kisar kerana masih fobia nak makan pedas selepas kena serangan gastrik tempoh hari. Sebelum ini saya ada juga menyediakan Sambal Tumis Melaka yang dipelajari dari TeeaRa Yatie. Resepi yang beliau belajar dari orang Melaka juga. Tapi resepinya menggunakan cili padi dan bawang putih. Layari juga channel youtubenya klik di SINI.

Jom layan resepi yang mudah, cepat disediakan dan yang penting sedap untuk dimakan dengan nasi atau roti. Sangat sesuai sebagai juadah bersahur. Boleh disimpan dalam tupperware dan tahan selama lebih 2 minggu dengan tak payah disimpan dalam peti sejuk pun. Selamat mencuba…

Resepi Masakan Ikan Lainnya:

Bahan-bahan:

  • Ikan bilis
  • Sedikit bawang merah
  • Sedikit bawang putih
  • Kacang tanah – ikut seseuai selera je
  • Cili kering
  • Sedikit garam dan gula
  • Minyak masak

Cara Penyediaan:

  • Potong cili kering menjadi 2 bahagian kemudian rebus dan bila dah masaak angkat dan toskan sampai kering tak de air yang menetes. setelah itu ditumbuk sampai lumat.
  • Basuh ikan bilis dan jemur bawah cahaya matahari sampai betul-betul kering atau boleh juga keringkan dalam oven. kemudian setelah ikan bilis dah kering goreng sampai garing.
  • Tumbuk bawang merah dan bawang putih sampai lumat dan goreng kacang tanah sehingga garing.

Cara Membuat Sambal Ikan Bilis Kering:

  • Panaskan minyak dalam kuali selepas itu masukan bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk tadi. goreng sampai nampak garing.
  • Kemudian masukan cili kering yang telah ditumbuk lumat. masak dan biarkan sampai pecah minyak. bila dah nampak pecah minyak masukan sedikit gula dan garam.
  • Bila sudah masak bolehlah tutup api dan biarkan sehingga sejuk. selepas itu bila dah sejuk masukan ikan bilis yang telah digoreng garing tadi bersama kacang tanah. kemudian gaul rata
  • Akhir sekali, angkat dan hidangkan bersama nasi panas. Hhmm… sedaaappp!

Sangat mudah dan simple kan untuk membuat resepi ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan anda untuk memasak. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat.

Read More: Ikan Keli Simple dan Sedap yang Menyelarakan

Resepi Sambal Kering Ikan Bilis Paling Sedap dan Simple

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *