Assalamu’alaikun…

Resepi Sambal Kentang Ikan Bilis Rangup dan Sedap – Satu lagi entri mudah, sebenarnya juga entri tertangguh. Bukan tak nak letak entri yang nampak meriah, tapi tak buat, jadi macam mana nak letak. Bila masak yang mudah, kadang-kadang rasa segan nak letak kat blog, tu orang lain, kalau saya, memang saya tak kesah. Apa yang saya masak, saya letak. Bila berblog kena ada pendirian. Saya selalu letakkan diri dalam keadaan selesa dengan semua pihak, jika A tak bertegur sapa dengan C, D, E atau sampai Z sekali pun, mat sebagai B, akan ok dengan semua, antara mereka yang ada masalah tu dia orang punya pasal.

Satu lagi tebiat saya, kalau saya tak suka orang tu sekali pun, tapi kalau dia mempunya resepi yang hebat, mat tak teragak-agak nak mencuba. Pada saya apa yang mereka masak kita tak boleh samakan dengan perangai mereka, ia adalah satu pengasingan watak. Hmmm… tu saya lah, orang lain saya tatau, nak kata saya pelik, pun takpe, sesungguhnya setiap manusia Allah cipta ni berbeza-beza antara satu sama lain walaupun adik beradik sendiri. Sila layari juga channel youtubenya klik di SINI. Okey resepi mudah pulak, sedap ni makan dengan nasi panas atau bubur nasi.

Resepi Masakan Ikan Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 4 biji ubi kentang yang besar – boleh tambah
  • 1 cawan ikan bilis – boleh tambah
  • 2 biji bawang besar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air asam jawa secukup rasa

Bahan-bahan Di Kisar Halus:

  • 3 biji cili kering – direndam dalam air panas sampai kembang
  • 4 biji cili merah – boleh tambah
  • 4 biji cili api
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih yang besar
  • Belacan sebesar syiling 50 sen
  • Sedikit air

Cara-cara Memasak:

  • Ubi kentang dikupas serta dipotong, rebus cili kering atau direndam dalam air mendidih sehingga kembang. Kisar semua bahan dan ketepikan.
  • Basuh ikan bilis dan tos, kemudian boleh digoreng ikan bilis sehingga agak garing. Goreng pula ubi kentang sehingga empuk lembut tos dan ketepikan dulu.
  • Sediakan kuali dan masukkan sedikit minyak, tumis bahan-bahan dikisar sehingga wangi.
  • Boleh la dimasukkan gula, air asam jawa dan kacau. Biar cili masak sampai bertukar warna dan pecah minyak.
  • Bila sambal dah masak masukkan bawang besar yang dipotong nipis membulat dan kacau sampai bawang layu.
  • Masukkan ikan bilis dan ubi kentang goreng tadi kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa, terus kacau bagi semua bahan mesra.
  • Kacau sambal dalam 1-2 minit lagi dan boleh la di tutup api dapur. Siap dah sambal ubi kentang ni, sedap dimakan dengan nasi biasa, nasi lemak atau roti.

Nota: Jika suka lebih pedas boleh tambah cili lagi boleh ditambah atau kurangkan bahan ikut selera sendiri.

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat Resepi Sambal Kentang Ikan Bilis ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah dapur anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat. Selamat Mencuba…

Read More: Resepi Ikan Kembung Masak Kuali Paling Sedap

Resepi Sambal Kentang Ikan Bilis Rangup dan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *