Assalamu’alaikum…

Akhir sekali pagi tadi, saya memasak Sambal Ikan Tongkol, lauk orang Terengganu yang dimakan bersama nasi lemak. Saya pertama kali makan Sambal Ikan Tongkol semasa balik kampung di mana Sarifah, isteri anak saudara saya yang berasal dari Terengganu telah memasaknya untuk dimakan dengan nasi lemak. Saya memang penggemar ikan tongkol lebih lebih lagi ikan tongkol yang telah direbus terlebih dahulu.

Sedap sekali Sambal Ikan Tongkol atau di Kelantan dipanggil ikan Aya. Resepi ini diambil dari kawan yang kebetulan orang terengganu. Kalau ikut stail orang Terengganu, lauk ini sedap dimakan dengan nasi lemak. Jadi saya memasaknya untuk dimakan dengan nasi lemak kukus.

Pendek kata apa yang saya masak pagi ini bukan sahaja untuk sarapan, tetapi juga untuk makan tengahari dan mungkin juga sehingga ke makan malam. Apa tak nya, kekenyangan makan nasi lemak kukus dengan pelbagai lauk pauk. Jom tengok resepi bawah ni jika ingin tahu…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • Ikan tongkol, kalau dapat jenis ikan tongkol hitam dan besar
  • Sedikit halia, lengkuas, kunyit dan bawang putih dimayang halus
  • Asam keping secukup kegunaan
  • Gula melaka atau gula kerek
  • Beberapa titis cuka makan
  • Garam secukup kegunaan
  • Beberapa biji cili padi, biar sebiji-biji

Bahan-bahan sambal (dikisar lumat):

  • 1 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 10 ulas bawang merah
  • Sedikit belacan – jika suka
  • 1 batang serai
  • 3 senduk cili kering yang dikisar – cili boh pun boleh
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara Membuat:

  • Ikan disiang dan dicuci bersih. Potong kepada 2 atau 3 kepingan besar (kalau nipis tak sedap). Masukkan ke dalam periuk, taburkan garam dan bahan-bahan hiris, juga asam keping.
  • Masukkan air separas dengan ikan dan titiskan cuka. Masak hingga mendidih. Kecilkan api, masukkan gula kerek secukupnya dan renehkan hingga agak air rebusan tinggal separuh.
  • Dalam kuali, tumiskan bahan-bahan kisar kecuali cili hingga garing.
  • Kemudian baru dimasukkan cili kisar dan masak atas api kecil sampai garing dan naik minyak.
  • Kemudian, baru dimasukkan ikan rebus tadi beserta air rebusannya. Bahan-bahan sampah seperti asam keping dll tu tak payah masukkan. Masak hingga mendidih dan pekat.
  • Tak perlu dimasukkan garam dan asam sebab ikan rebus tadi dah secukup rasa. Tambah jika perlu sahaja.
  • Akhir sekali masukkan cili padi sebiji-biji.
  • Kemudian bolehlah dipadamkan api dan sedia untuk dihidangkan.

Tidak ada yang sukar di dunia ini jika anda mahu mencuba. Sama seperti memasak, walaupun ia kelihatan mudah tetapi jika anda tidak belajar dan cuba memastikan ia tidak akan merasa baik. Nasib baik kepada resipi yang saya kongsi dalam mesyuarat ini. semoga bermanfaat dan boleh membantu anda untuk membuat makanan untuk keluarga tercinta dan sayang anda di rumah. Selamat mencuba dan selamat memasak-masak.

Read More: Resepi Udang Galah Masak Lemak Cili Api yang Lazat Sangat

Resepi Sambal Ikan Tongkol Lauk Nasi Lemak Terengganu yang Patut Cuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *