Assalamu’alaikum…

Sambal Ikan Bilis Goreng Garing sangat sedap dan banyak disukai kebanyakan masyarakat kita. Sebenarnya resepi ikan bilis sangat banyak dan kemarin saya juga sudah menulis sambal tumis ikan bilis yang pasti anda suka.

Banyak orang boleh membuat sambal ni tapi tak semua orang boleh menghasilkan sambal ikan bilis yang sedap. sebenarnya tak susah pun menghasilkan sambal ikan bilis yang sedap. cuma teknik semasa membuatnya mesti betul-betul.

Sebenarnya saya sudah lama tak membuat resepi sambal nih jadi saya lupa nak agak-agak ukuranya. Jadi saya saya share cara membuat dan bahan-bahanya saja ye.

Bahan-bahan Sambal Ikan Bilis Goreng:

  • 100gram ikan bilis
  • 10-15 tangkai cili padi (ikut suka kepedasan masing2)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan (optional)
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • 1 biji limau kasturi
  • Minyak secukupnya

Cara-cara Membuat Sambal Ikan Bilis Goreng:

  • Gorengkan ikan bilis sehingga ranggup. Ketepikan.
  • Tumbuk @ kisar semua bawang, cili padi dan belacan.
  • Panaskan minyak. Tumis semua bahan2 yang ditumbuk/dikisar tadi. Goreng sehingga bahan2 tumis bertukar warna sedikit gelap.
  • Masukkan air limau kesturi, garam dan serbuk perasa.
  • Boleh tambah sedikit gula jika suka
  • Tutup api dan tunggu sehingga sambal cili padi ni betul-betul sejuk. Buangkan lebihan minyak.
  • Bila dah sejuk, masukkan ikan bilis yang telah digoreng dan gaul rata.
  • Dah siap!

Nota:

  • Masak sambal kering ni seeloknya tak menggunakan air langsung. sebab air boleh menyebabkan ikan bilis tu tak tahan lama. lebihkan minyak dalam masakan tersebut.
  • Ikan bilis yang nak di gaulkan tu juga kena betul-betul sejuk. sama juga dengan kacang tadi. semua bahan digaulkan bersama apabila ternyata telah sejuk untuk mengelakkan ianya cepat liat.
  • Cili kering itu seeloknya ditumbuk. bukan di blender untuk membuatkan ia bertahan lama. saya sediakan cili tu sehari awal sebab nak tumbuk cili tu ambik masa yang lama. kalau kita blender, cili tersebut telah bercampur dengan air.
  • Ikan bilis tu juga saya sediakan sehari awal. sebab nak ianya betul-betul kering sebelum di goreng.
  • Gula dicampurkan sedikit untuk mengekalkan kerangupan sambal tersebut.
  • Cili tu memang kena masak lama tau..tak boleh masak kejap je..

Selamat mencuba dan semoga berjaya…

Read More: Sambal Sotong Limau Purut Paling Sedap

Resepi Sambal Ikan Bilis Goreng Garing yang Kriuk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *