Assalamu’alaikum…

Resepi Sambal Budu yang Patut Cuba – Resepi pilihan coretan cerita kami kali ini ianya cukup sinonim dengan orang pantai timur terutama sekali negeri Kelate. Siapa yang tidak kenal Budu!!! bahan asas dalam memproses budu adalah ikan segar dan ikan bilis yang di peram mengikut tempoh masa yang tertentu.

Budu juga di anggap sebagai sos pembuka selera dalam menu makanan. Boleh dikatakan dalam setiap rumah di kampung-kampung mahupun bandar tetap tersimpan satu botol budu untuk di jadikan sos penambah selera ketika santapan malam atau siang,sudah menjadi menu rutin.

Pelbagai resepi menu makanan boleh dibuat dengan menggunakan bahan utama budu salah satunya resepi sambal budu goreng. Resepi sambal budu goreng ini tidak menggunakan santan tidak seperti budu tumis yang menggunakan santan. Cara-cara membuat dan bahan-bahannya seperti berikut.

Bahan-bahan:

  • 4 sudu pati budu
  • 3 sudu air asam jawa ( bancuh pekat)
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 10 biji cili api
  • 2 biji limau kasturi
  • 2 sudu gula

Cara-cara Penyediaan:

  • Tumbuk bawang putih, bawang merah,
  • Sudu gula dan cili api sehingga lumat.
  • Masukan pati budu dan air asam jawa dan perah air limau kasturi.
  • Gaul sehingga sebati kesemua bahan-bahan tadi.
  • Sedia untuk dihidang.

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat resepi sambal budu ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah perut anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Demikianlah cara-cara memasak serta bahan-bahan penyediannya cukup mudah dan senang, pada semua dipersilakan mencuba moga-moga resepi sambal budu ini menjadi menu tambahan selain menu sampingan yang lain.

Demikianlah cara-cara memasak serta bahan-bahan penyediannya cukup mudah dan senang, pada semua dipersilakan mencuba moga-moga resepi sambal budu ini menjadi menu tambahan selain menu sampingan yang lain. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat.

Read More: Resepi Sotong Bakar yang Sedap dan Spesial

Resepi Sambal Budu yang Patut Cuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *