Assalamu’alaikum…

Resepi Salmon Steak With Lemon Sauce Spesial – Masak salmon lagi selepas masa yang lama. Pagi-pagi tayang steak pulak yer, ehh.. Ini bukan sarapan pagi kami, tapi ini dinner yang dibuat dah lama dulu, tak caya? Takpe-takpe, nanti saya buktikan yer. Hehehe…

Alkisah membeli ikan salmon ni beramai-ramai dengan opismate. Kirim melalui seorang kawan baik kami a.k.a supplier syarikat kami. Dia beli ikan salmon ni dari sebuah syarikat yang supply bahan-bahan makanan kepada hotel-hotel disekitar Lembah Klang. Jadi dapatlah harga murah sikit. Cuma, mesti kena beli dalam kuantiti yang banyaklah ye,tak bolehlah beli ikannya dua, tiga keping aje. Sebab mereka hanya jual dalam kuantiti sekor-sekor samada dipotong keping-keping ataupun dipotong fillet ikut kehendak pelanggan.

Ikan-ikan tersebut akan dipacking dalam kotak berisi ais. Kawan-kawan saya yang lain (yang loaded-loaded yang manager-manager la kan.. hehe) beli seekor sorang ikan salmon ni. Berat seekor ikan salmon ni sekitar 3 kilo ke atas & harganya pula RM35.00 sekilo. Jadi kalau ikan yang beratnya 3 kg seekor bermakna harganya RM105.00 seekor.. wahhhh… pengsan bak kata kawan. Hehe…

Menurut kawan-kawan opis, dorang cakap kat pasaraya harganya lebih mahal iaitu sekitar RM45.00 sekilo.. Fuhhh beza RM10.00?? betul ke? Entahlah sebab saya memang tak pernah beli ikan salmon sebelum ni. Kalau betul, kira dah jimat banyaklah kan. Sebab tu saya pun teringin nak beli jugak. Tapi saya dah pakat dengan sorang lagi member untuk berkongsi dengan dia seekor ikan tu. Saya ambik ikan yang beratnya 3 kg. Jadi, dibahagia dua dapatlah 1.5 kg seorang dengan harga RM52.50. Berjimat-jimat tau makan ikan salmon ni sebab mahal. Wakakakaka…

Oklah.. jom tengok resepinya yer.

Bahan-bahan perapan ( letak suka hati banyak mana ):

  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk lada putih
  • Garam
  • Mixed herbs brand mccormick
  • Daun rosemary

Cara-caranya:

  • Perapkan salmon dengan semua rempah-rempah di atas. Panaskan sedikit olive oil dalam non stick pan, guna api yang kecik je.
  • Masukkan salmon yg di perap tadi, perap takyah lama-lama 5 minit cukup..
  • Pastu masak la sampai agak-agak ikan tu dah masak. Masak salmon ni tak perlu lama-lama sebab nanti isi ikan dia jadi keras. So pandai-pandai agak ye, jangan lupa balik-balikkan ikan tu setiap beberapa minit. Kang hangus sebelah je kang mau kena gelak dengan ahli keluarga kang. Hehehe..
  • Dah masak sila letak atas pinggan yang sesuai sukahati korang le nak taruk dalam pinggan apa, jangan taruk dalam cawan sudah tampo kang.

Bahan-bahan sos lemon yang di perlukan:

  • Setengah biji bawang holland.. di potong dadu
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 3 sudu besar butter
  • 1 biji lemon di basuh dan hiris menjadi 4 kepingan
  • Susu fresh milk 200ml ataupun banyak mana sos yang korang nak
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk mixed herbs

Cara-caranya (guna non stick pan ):

  • Dengan api yang kecik, masukkan butter, bawang holland kacau agak-agak layu sedikit.
  • Kemudian terus masukkan tepung gandum, kacau-kacau sampai sebati.
  • Agak-agak tepung dah sebati, terus je tuang susu, kacau lagi kalau boleh guna whisker supaya senang nak sebatikan semua bahan.
  • Akhir sekali masukkan lemon, serbuk mixed herbs dan garam. Perasakan sampai cukup rasa garamnya, jangan masin sangat, sekeh kang kalo masak masin-masin.
  • Masak sampai sos tu macam nak jadi pekat, korang agak-agak sendiri ye camne nak tau dia dah pekat ke tak, sentiasa kacau je tau.
  • Bila dah siap terus tuang atas salmon tadi, siap… senang aje kan.

Selamat mencuba!!! 🙂

Read More: Resepi Sup Tomato Dengan Bebola Ikan Spesial

Resepi Salmon Steak With Lemon Sauce Spesial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *