Assalamu’alaikum…

Resepi Salmon Steak With Blackpepper Sauce – Memang orang kita jarang sekali meletakkan menu masakan ikan salmon dalam menu harian makanan tempatan. Sebab ikan salmon ni termasuk dalam kategori ikan import dan semestinya mahal dari ikan yang biasa kita jumpa kat pasar pasar seluruh Malaysia ni. Kalau ada pun biasanya di hotel hotel yang menyajikan masakan ikan salmon ni tapi bila kat hotel sudah pasti la harganya menjadi lebih mahal walaupun hanya untuk seketul ikan salmon je.

Sebab tu mungkin tersemat dalam minda kita akan kesukaran untuk memasak ikan salmon ni. Dah la mahal, bila tengok kat rancangan memasak asyik nak tunjuk menu yang ala ala mahal dan berkeunggulan pulak tu. Ikan salmon ni jugak dikatakan antara ikan yang kaya dengan omega 3 dan berprotin tinggi yang mana membuatkan ianya baik untuk otak dan kulit.

Sebenarnya ikan salmon ni lebih kurang sama je dengan ikan ikan lain yang kita selalu jumpa tu. Agaknya warna isi daging dia tu je yang mungkin kita rasa macam pelik sikit. Bab menu untuk ikan salmon ni, macam macam pun boleh. Cuma kot nak merasa masak kari ikan salmon tu setahun sekali aje la barangkali sebab harga seketul ikan salmon tu pun dah macam boleh beli ikan kembung dua tiga ekor.

Kat sini saya nak kongsikan sikit antara resepi mudah yang boleh diaplikasikan bila berhadapan dengan ikan salmon. Disebabkan isi daging ikan salmon ni agak ‘berotot’ dan tak mudah hancur apabila dioperasikan. Menu yang saya nak kongsikan ni menjadikan Salmon Steak With Blackpepper Sauce hasilnya sedap. Memang teramat mudah sehinggakan orang bujang yang hanya pandai memasak maggi pun boleh mencuba dalam penghasilan menu ikan salmon ni.

Baca Juga:

Bahan-bahan untuk salmon steak:

  • 1 keping ikan salmon.
  • Sedikit garam
  • Sedikit balckpepper
  • Minyak zaitun

Cara-cara:

  • Lumur garam dan blackpepper pada ikan. Biarkan 15 minit (saya tak perap pon sebab dah lapor). Grill ikan dengan minyak zaitun hingga masak.

Sekarang kite ke bahan-bahan sauce pulak. Yang sebenarnye sauce blackpepper ni saya main taram jek sebab tak terfikir pulak nak makan salmon dengan sauce masa beli ikan tu. Dah balik baru teringat nak kena buat sauce. Takkan nak makan ikan gitu aje. Hahaha… tu yang terpaksa saya cecampak bahan untuk sauce pulak.

Sauce blackpepper:

  • 2 sudu lada hitam (tumbuk)
  • 1/2 biji bawang besar (cincang)
  • 1 biji bawang putih (kisar/tumbuk)
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu kicap
  • Cendawan butang (hiris)
  • Sedikit serbuk perasa tumix
  • Air secukupnya
  • Minyak zaitun
  • Tepung jagung untuk memekatkan sauce

Cara-cara:

  • Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang hingga layu. Masukkan lada hitam. Kacau sebati.
  • Masukkan sos tiram dan kicap. Adjust rasanya…Kalau macam terkurang letak lagi.
  • Masukkan air. Yang ni ikutlah kepekatan yang dikehendaki.Tunggu hingga mendidih.
  • Laruntukan tepung jagung dalam sedikit air dan tuang ke dalam kuah. Masukkan cendawan butang.
  • Perasakan dengan garam.. Adjust rasa sana sini dan bolehlah di hidang.
    (Giler sempoi sauce saya sebab segala herba pun takde kat rumah. Asal boleh jek. Sedap jugak..hehe)

Selamat mencuba!!!

Read More: Resepi Ikan Rohu Goreng Berapi Sedap

Resepi Salmon Steak With Blackpepper Sauce

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *