Assalamu’alaikum…

Oklah kali ni nak share Resepi Salmon Panggang dengan Bawang Putih dan Herbal. Maklumlah semenjak jadi bini orang ni tetiba jadi rajin explore resepi-resepi yang tak pernah makan. Kebelakangan ni pulak bebudak opis memasing rajin sangat pakat beli ramai-ramai ikan Salmon.

So saya pun taknak terlepas peluang! Ekceli sebelah opis kitorang adalah company pengimport ikan-ikan macam ni. Tapi kalau nak beli tak boleh beli sikit-sikit kena beli sekali banyak. Yang bestnya ikan-ikan dia sangat fresh. Dapat murah lagipun. Kalau tak silap beli seekor dalam RM180++ bahagi beberapa keping dapat la dalam around RM18++ untuk 2 keping. Dapatlah merasa ye dakk?

Sekarang ni pulak tengah diet sebab gemuk melampau, makanlah ikan je. Tapi takdelah makan Salmon hari-hari. Mampulah pulak kann! Haha. Masa mula-mula dapat ikan ni serious tak tahu nak masak macam mana, google resepi je uols. Rupanya simple yang amat-amat.

Sekiranya anda penggemar ikan, anda mungkin tahu yang ikan salmon adalah antara ikan yang agak rumit untuk dimasak. Ia boleh menjadi satu hidangan yang sangat sedap dan lembut sekiranya dimasak dengan betul, dan juga boleh bertukar menjadi satu hidangan yang sangat kering, tawar dan membosankan sekiranya dimasak dengan cara yang salah.

Mahu tahu bagaimana untuk membuatnya? Ikut resepi di bawah dan anda akan dapat nikmati hidangan yang lazat ini bila-bila masa sahaja. Jom lah ita sharekan resepi mudah bagaimana nak menyediakan.

Baca Juga: 

Bahan-bahan:

  • 2 keping fillet salmon
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada hitam di tumbuk kasar
  • 1 sudu makan garlic butter
  • 1 sudu besar olive oil

Cara membuat salmon panggang:

  • Lumurkan fillet salmon dengan sedikit garam
  • Taburkan lada hitam di kedua-dua belah ikan
  • Perap dalam peti ais paling kurang 3 jam supaya serap rasanya
  • Panaskan grill, letakkan garlic butter dan olive oil (minyak zaiton)
  • Letakkan kepingan ikan di atasnya dan panggang
  • Balikkan ikan supaya rata masak di kedua-dua belah
  • Jangan masak lama sangat nanti isi ikan keras

Bahan sos ikan:

  • 1 kiub ikan bilis
  • Sedikit lada hitam
  • Sedikit daun parsley kering
  • Sedikit oregano kering

Cara membuat sos ikan:

  • Masak kiub ikan dengan air (angaran 1 1/2 cawan )
  • Bila airnya dan tinggal setengah
  • Masukkan sedikit minyak dari baki yang kita grill ikan tadi anggaran 1 sudu
  • Kemudian masukkan lada hitam, oregano dan parsley
  • Biar ia didih

Bahan dimakan bersama:

  • Baby carot
  • Bunga kubis
  • Broccoli

Cara membuat:

  • Masak air dan sedikit garam hingga didih
  • Celurkan sayur-sayuran di atas
  • Angkat dan toskan
  • Siap untuk di hidangkan bersama salmon panggang dan sos ikan

Tips:

Saya mempunyai berita baik untuk anda, kerana saya ada satu bahan rahsia yang akan membuat ikan salmon anda akan tetap rasa sedap walaupun anda terlebih masak mereka. Tahukah anda, dengan hanya menggunakan sedikit gula perang akan membuatkan hidangan salmon anda rasa seperti hidangan di hotel 5 bintang? Ya, betul itu, dengan hanya satu lapisan yang ringan daripada salutan gula perang itu bersama sedikit bahan lain dalam pantri anda, akan membuat hidangan salmon anda rasa lazat dan manis seperti karamel dan kelihatan berkilat.

Selamat mencuba!!!

Read More:  Resepi Ikan Kerisi Masak Cuka

Resepi Salmon Panggang dengan Bawang Putih dan Herbal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *