Assalamu’alaikum…

Salam 1 Malaysia… Saya nak share Resepi Roti Sardin Gulung Rangup Mudah dan Sedap. Roti sardin gulung (roll) ini memang sesuai digunakan sebagai sarapan atau makanan untuk pergi berkelah kerana penyediaan yang mudah. Saya buat roti sardin gulung ini banyak-banyak dan frozenkan dalam peti. Bila bangun pagi untuk sarapan pagi just celup luar roti tu dengan telur dan gorengkan.

Resepi ini merupakan resepi yang disukai oleh semua orang. Ini kerana didalamnya terdapat inti sardin yang memang sedap dan pedas.Selain itu,cara untuk memasak hidangan ini sangatlah mudah kerana anda tidak memerlukan bahan yang banyak untuk menyediakannya. Disamping itu, masa yang diperlukan tidaklah lama kerana anda hanya memerlukan 5 minit untuk penyediaan , manakala 15 minit untuk memasak.

Baca Juga: 

Bahan Untuk Inti Sardin:

  • 1 tin sardin size kecil
  • 2 ulas bawang putih (potong kecik-kecik)
  • 1 labu bawang besar (hiris nipis)
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • Sedikit garam

Cara Masak Inti Sardin:

  • Panaskan minyak dalam kuali.
  • Tumis bawang merah dan putih sampai layu dan naik bau.
  • Masuk cili kisar. Kacau kejap.
  • Pastu masuk kan sardin dan hancurkan itu sardin.
  • Masuk sos tiram dan sos cili. Garam sikit.
  • Tambah sikit air dan biar kuahnya agak kering.
  • Kacau bagi rata. Dah siap tutup api.
  • Sejuk kan jap sebelum buat sardin roll. Letak sardin dekat tepi jap.
  • Sementara nak tunggu sardin sejuk, buat doh untuk kulit sardin roll pulak.

Bahan Nak Buat Kulit:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin
  • Sedikit garam
  • Air sejuk dari peti ais

Cara-caranya:

  • First of all (tetiba cakap omputih). Gaul sikit garam dengan tepung gandum. Pastu masuk marjerin 2 sudu besar.
  • Gaul rata dengan tangan sampai jadi serbuk roti cenggini.
  • Masukkan air sejuk daripada peti ais tu sikit-sikit. Uli sampai doh tak melekat dekat tangan, tapi jangan sampai doh terlalu lembik atau keras. Asal dia tak melekat dekat tangan tu dah alright dah.
  • Rehatkan kejap doh dalam 15 minit.
  • Doh dah ready. Bulat-bulat kan dulu. Aku bulat kan adalah macam sebesar bola pingpong.
  • Ambil satu doh yang dibulatkan comel-comel tadi. Guna jejari kau yang runcing tu. Buat muncung sikit dekat atas dia tu camni. Pastu penyek kan guna tapak tangan. Dan roll nipis guna roller. Kalau tak ada roller, guna lah cawan ke, lengan kau ke, betis kau ke. Tak kisah lah janji boleh roll.
  • Letak inti sardin. Yang bahagian atas tu kelarkan guna pisau cenggitu.
  • Mula-mula tutup bahagian sardin tu.
  • Pastu picit-picit sikit keliling dia.
  • Pastu gulung perlahan dan ketat. Sampai jadi cenggini.
  • Last sekali tutup bahagian tepi dia. Picit sikit dengan tangan. 1 adunan doh ni aku dapat dalam 12 biji sardin roll
  • Dah siap semua, apa lagi.
  • Tak kan nak menung je. Kita kasi goreng lah.
  • Goreng lah semua. Jangan sampai hangus ye udah. Agak kuning dan garing tu dah boleh angkat.
  • Pastu boleh toskan atas tisu dapur.
  • Tadaaaa!..Siap dah dan boleh di makan begitu sahaja. Makan panas-panas memang layannnn.

Tips:

  • Goreng roti dengan minyak yg sederhana kecil supaya serbuk roti tidak mudah rentung.

Nota:

  • Boleh tambahkan sayuran lain ke dalam Sardin seperti lobak merah yang disagat, daun bawang dan lain-lain jika suka.
  • Serbuk roti boleh dibuat sendiri dengan membakar roti di dalam oven sehingga garing dan kisar.
  • Serbuk roti boleh digantikan dengan bahan lain seperti biskut kering yang dihancurkan.

Ok dah siap.. Jangan lupa cuba resepi ni ye.. Selamat Mencuba!!!

Read More: Resepi Sambal Ikan Bilis Goreng Garing yang Kriuk

Resepi Roti Sardin Gulung Rangup Mudah dan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *