Assalamu’alaikum…

Resepi Roti Sardin Goreng yang Sedap – Senin sebelum Syifa datang, saya singgah nak beli pisang goreng tepi jalan. Masa tu belum pukul 1, penjual baru mula operasi, pisang belum goreng, cuma ada dua jenis kuih, roti sardin dan popia. Saya borong habis sebab sikit sangat kuihnya. Dalam kereta laki bini dok pelahap makan, bendanya tak banyak mana, at last kuih tak jadi jamu ke tetamu, kita beli lain. haha..

Roti sardin goreng yang kami makan tu sedap juga. Esoknya awal pagi semangat saya angkut Liza merempit pergi kedai semata beli roti. Teringat roti sardin semalam punya pasal. Kalau tak jangan harap ok chek nak sesaja keluar ke kedai! Nampak tak tahap gelojoh tinggi disitu? Kalau bab makan je la..

Tajuk resepi macam awesome kan? Sebenarnya saya cuma nak share Resepi Roti Sardin Goreng yang Sedap tu, tapi simple je bahan-bahannya. Roti sardin ni yang sedapnya bila ada pedas dan rangup bawang merah yang dihiris kasar. Maknanya bawang merah besar tu tidak dimasak terlalu lama. Hihi…

Jika anda ingin mencuba resepi sardin lain : Resepi Roti Sardin Gulung Rangup Mudah dan Sedap

Bahan-bahan:

  • 10 – 12 keping roti sandwich
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 biji telur
  • Minyak untuk menggoreng

Inti:

  • 1 tin sardin kecil ( ambil ikannya sahaja )
  • 1/2 biji bawang besar ( dihiris )
  • 2 ulas bawang putih ( ditumbuk )
  • 1 hiris halia ( ditumbuk )
  • 4-6 biji cili padi ( ditumbuk/ dihiris )
  • Sedikit garam

Cara-cara:

  • Tumis bawang putih, halia, cilipadi, dan bawang besar hingga wangi.
  • Kemudian masukkan sardin, kacau seketika.
  • Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
  • Masukkan dalam mangkuk, kemudian hancurkan ikan sardin tadi dengan menggunakan garpu.
  • Untuk batternya, satukan tepung gandum, secubit garam, telur dan air. Kacau rata dengan menggunakan senduk.
  • Bila dah sebati ketepikan dulu.
  • Potong dua roti sandwich, isikan dengan inti sardin tadi, tangkupkan dua.
  • Celupkan roti yang telah di bubuh inti tadi dengan adunan batter, kemudian goreng dalam minyak panas.
  • Bila roti kuning keemasan bolehlah diangkat dan di hidangkan.

Kebaikan sardin untuk kesihatan termasuk pencegahan penyakit jantung, sesetengah kanser dan degenerasi atau usia syarat-syarat yang berkaitan. Makan sardin boleh membantu untuk menguatkan tulang, membina sistem imun, rintangan insulin dan pemulihan kulit. Nutrien yang ditemui dalam sardin adalah bertanggungjawab untuk manfaat kesihatan yang begitu besar.

Selamat mencuba dan semoga berjaya… 😉

Read More: Resepi Ikan Keli Bakar Masak Lemak Cekur yang Wajib Cuba

Resepi Roti Sardin Goreng yang Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *