Assalamu’alaikum…

Selamat berhujung minggu teman-teman. Sementara menunggu saya suami bersiap untuk sama-sama turun ke pasar, saya kongsikan Resepi Rempeyek Kacang Tanah dan Ikan Bilis, menu tradisi kami setiap kali menjelang hari raya.

Sebenarnya banyak versi rempeyek, ada yang suka bubuh kencur @ cekur tapi ada juga yang kurang menggemari aromanya. Ada juga yang bubuh hirisan daun limau purut. Ada yang tak bubuh itu semua, tapi bubuh rempah-rempah. Rempahnya pula ada yang letak rempah jintan manis sahaja.

Ada pula yang ditambah dengan ketumbar biji dan juga jintan putih. Dan ada juga saya dapati tak bubuh rempah atau aroma daun limau purut atau kencur, tapi tetap sedap! Tak kisahlah kaaann… ikut citarasa masing-masing, ikut selera sendiri! Kalau saya, semua boleh masuk! Tak tolak punya!

Minta maaf ya kawan-kawan… dek kesibukan di dapur tak sempat nak edit, nak ambil gambar cantik-cantik. Mana yang sempat kita tangkap tu kita kongsikan sajalah di sini ya…

Baca Juga: 

Bahan-bahan:

  • 100 gram ikan bilis – dibelah 2
  • 1/2 kg kacang tanah
  • 1 bungkus tepung beras
  • 1 biji kelapa – 5 cawan santan cair (sebaiknya buat lebih sebab akan digunakan tambahan santan cair)
  • 1 bungkus kecil ketumbar – kisar
  • 1 bungkus kecil jintan manis – kisar
  • 1 bungkus kecil jintan putih – kisar
  • 1 sudu teh kapur makan
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara buat:

  • Bersihkan kemudian toskan kacang tanah hingga kering. bila masih lembab nanti kacang tanah kurang rangupnya. basuh rempah-rempah dan kisar kasar selepas tu ketepikan
  • Siapkan bekas atau mangkuk kemudian masukan semua bahan kisar bersama kapur makan, gula, garam, dan tepung beras kemudian gaul sehingga sebati. masukan santan dan adun bahan tadi sehingga kelihatan cair dan jika masih terlalu pekat boelh tambahkan santan lagi.
  • Anggaran bancuhan macam adunan lempeng dadar dan jika nak mula menggoreng, buat 1 mangkuk yang lain untuk mudah kita jaga cair atau pekat bancuhan tadi. bila adunan agak pekat tambahkan santan dari masa kemasa.
  • Ambil sesudu bancuhan kemudian masukan ikan bilis dan kacang tanah di dalam sudu dan layangkan ke tepi kuali.
  • Biar lebih kurang 1 minit selepas terbalikan rempeyek. agar rempeyek tidak gosong masak menggunakan api sederhana sahaja. jika permukaan kacang sudah kecoklatan baru terbalikan.
  • Akhir, sekali bila kacang tanah sudah garing, angkat dan toskan rempeyek tersebut. bila hendak menyimpan tunggu hingga sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara.

Tips rempeyek rangup:

  • Fungsi air kapur/kapur makan itu ialah bagi merangupkan lagi rempeyek dan masa menggoreng rempeyek ini, gunakan api sederhana supaya rempeyek tidak merah atau terlalu garing.
  • Jika tak suka letak ikan bilis, bolehlah letakkan kacang tanah sahaja semasa proses menggoreng rempeyek dilakukan.
  • Saya suka lakukan proses menggoreng rempeyek dua kali. Caranya? Selepas seminit, terbalikkan rempeyek, kacang menghadap ke bawah. Kemudian angkat dan toskan. Keadaan rempeyek sekadar lembap dan masak. Kemudian biarkan dalam 3-4 jam, letakkan dalam dulang besar.
  • Setelah itu barulah goreng rempeyek kacang tanah itu semula. Bila telah garing dan cantik warnanya, angkat dan toskan. Macam biasa, api kena jaga, jangan besar sangat. Selepas sejuk, boleh simpan dalam bekas kedap udara. Dengan melakukan proses menggoreng rempeyek 2 kali ini, rempeyek kacang tanah lebih rangup dan lazat.

Selamat mencuba!!!

Read More: Resepi Acar Ikan Masin Sedap yang Mengusik Lidah

Resepi Rempeyek Kacang Tanah dan Ikan Bilis yang Mudah dan Rangup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *