Assalamu’alaikum…

Resepi Pecel Ikan Keli Sedap dan Pedas – Hari ini cuaca nampak agak cerah…matahari pun dah muncul setelah sekian lama kalah dengan awan mendung maka bolehlah saya menjemur kain dengan gumbiranya sebab hari ni mendobi sakan setelah 2 hari air terputus…lega rumah saya paip dah keluar air walau pun masa kat kedai runcit tadi saya dengar ada lagi beberapa kawasan rumah kat Jengka 10 yang tak ada air…ciann…saya paham…sangat-sangat paham kalau air tak ada ni…itulah masalah dari dulu hingga kini yang tak pernah selesai kat Jengka ni.

Kat kedai tadi saya ternampak ikan keli…TINGGG…idea, nak masak pecel keli kot…makanan raja-raja Jawa tu…hehehe…faberite en Hubby ni, maklum ler JawaWorld 🙂 Saya mula kenal dengan masakan ni lepas menjadi suri en Hubby…first time makan, hurmm…sedap jugak. Wangi bau masakan ni sebab bau daun kencur (wong jawa sebut kencur, Melayu sebut cekur). Ikan keli yang saya beli kat kedai tadi…ada 5 ekor tapi yang 2 ekor tu besar sangat jadi saya beli 3 ekor jer la. Ikan keli kalau besar sangat tak sedap sebab isinya liat.

Pecal keli yang sedap sebenarnya terpulang kepada sambal yang dibuat. Kelezatan keli yang goreng juga adalah salah satu faktornya. Macam mana Anda boleh memasak keli goreng yang lazat dipadukan dengan sambal pecal keli yang lezat pula akan memberikan daya kelezatan tersendiri yang tak terlupakan.

Baca Juga: 

Bahan-bahan:

  • 3 ekor ikan keli
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan
  • buah akar cekur (dalam dua sudu)
  • 5 helai daun cekur
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 kotak santan
  • 10 biji cili padi (ikut kepedasan)
  • Secubit gula
  • Garam secukup rasa

Cara-cara buat:

  • Ikan Keli disiang, dibersihkan dan direndam dalam air asam Jawa kira-kira 20 mini. Kemudian dibilas dengan air biasa, ditoreh badannya dan dilumur kunyit. Kemudian dibakar hingga ¾ masak. Tepikan.
  • Tumbuk bawang putih, bawang merah, buah akar cekur, cili api dan belacan. Kalau tak mahu guna cili padi, boleh guna cili hidup ikut selesa pedasnya.
  • Mayang daun cekur dan daun kunyit, halus-halus.
  • Tumis bahan tumbuk guna sedikit minyak hingga wangi. Kemudian masukkan 1 kotak santan dan tambah air anggaran satu kotak.
  • Masak hingga mendidih. Bubuh garam dan gula dan masukkan daun-daun yang dimayang halus tadi.
  • Kemudian masukkan perlahan-lahan ikan Keli bakar tadi ke dalam kuah, perlahankan api dan kaup curah kuah keatas ikan.
  • Hidang panas-panas dengan nasi putih.

Boleh guna ikan lain seperti Ikan Pari atau Ayam. Saya tak pernah buat gunakan ayam. Tapi saya rasa, mesti sedap jugak. Ayam itu jugak harus dibakar sama macam bakar ikan. Kalau tidak dapat membakar Ikan Keli, goreng dulu pun boleh. Tapi korang tidak akan dapat rasa keenakan aroma ikan yang telah dibakar guna arang. Lagi pedas lauk ini, lagi sedap!! Ada orang buat, kuah yang sudah siap dimasak, dicurahkan keatas ikan bakar. Cara apapun boleh. Saya tidak bubuh kunyit pada kuahnya. Hanya Ikan Keli dilumur sedikit kunyit sebelum dibakar.

Khasiat Cekur:

Rizom cekur digunakan sebagai tonik selepas bersalin bagi mengecutkan rahim, bahan untuk jamu bagi senak perut, membuang angin, sakit sendi serta melancarkan haid. Ia juga digunakan untuk melegakan batuk, mengurangkan bengkak dan dibuat bedak untuk merawat jerawat. Daunnya yang muda dimakan sebagai ulam atau dibuat kerabu. Rizomnya juga digunakan sebagai ramuan masakan.

Read More: Resepi Ikan Keli Masak Lemak Cili Api Sedap dan Pedas

Resepi Pecel Ikan Keli Sedap dan Pedas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *