Assalamu’alaikum…

Resepi Pais Ikan Keli Sedap – Ikan keli, ada yang tak kenal ker? Kalau ada yang tak kenal, pergi pasar tengok ada pak cik atau mak cik yang jual ikan ada misai tu. Banyak tempat di pasar-pasar basah, ikan ni dijual dalam keadaan masih hidup lagi. Agaknya ikan ni tak sesuai letak lama dalam ais kot. Tak sama macam ikan-ikan laut. Ikan air tawar cepat berbau agaknya. Yang ni nak tahu kena kaji sendiri.

Hari ni saya nak kongsikan Resepi Pais Ikan Keli Sedap. Yea… memang sedap. Saya suka makan ikan keli masak pais ni. Jadi sudilah kiranya kali ini bagi yang nak cari resepi dan masak sendiri ikan keli masak pais ni boleh cuba dan ikut cara-cara yang terdapat dalam resepi ikan keli goreng berlada sedap dibawah.

Setiap 100 gram ikan keli yang mengandungi tenaga 229 kilokalori. Kandungan protein dari ikan keli dengan sebahagian daripadanya adalah kira-kira 18 gram, kira-kira 8 gram karbohidrat, 0.7 gram serat dan 13 gram lemak. Ikan keli juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral seperti vitamin C, vitamin A , vitamin B kompleks, dan juga kalsium , magnesium, fosforus, kalium, natrium, dan zink. Catfish juga kaya dengan vitamin D.

Ikan keli ni murah aje nak dibandingkan dengan ikan-ikan lain dipasar. Ada yang suka makan ikan keli dan ada juga yang tak suka makan sebab bau dia kot. Ikan darat biasalah jika berbau sikit nak dibandingkan dengan ikan laut.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ikan keli
  • 2 cawan kelapa parut
  • 1 helai daun kunyit – dihirs
  • 6 helai daun limau purut
  • 8 biji buah belimbing – dibelah 2
  • 3 biji limau nipis / 7 biji limau kasturi – ambil jus
  • Garam
  • Daun pisang – dilayur
  • Pencungkil gigi

Bahan Kisar:

  • 5 batang cili merah (campur cili padi pun boleh)
  • 7 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1″ lengkuas
  • 1″ halia
  • 2″ kunyit hidup
  • 2 batang serai

Cara Membuat:

  • Ikan keli dibersihkan dan dilumurkan dengan garam dan separuh daripada jus limau tadi bagi menghilangkan bau dan lendir-lendir pada ikan. Biarkan sekejap dan kemudian dibilas. Ketepikan.
  • Gaulkan bahan kisar bersama kelapa, daun kunyit, separuh dari jus limau tadi dan garam. Gaul hingga sebati.
  • Letak sedikit campuran kelapa tadi diatas daun pisang. Letak seekor ikan dan letak lagi campuran kelapa itu di atas ikan. Letakkan daun limau purut, buah belimbing dan dibungkus daun pisang itu.
  • Lipatkan sedikit dihujung daun kiri dan kanan dan cucuk dengan lidi supaya pes lada tak terkeluar masa bakar nanti. Siap utuk dibakar.
  • Bakar lebih kurang 25-35 min bergantung pada saiz ikan yang digunakan. Sedap makan panas-panas ngan nasi putih. Sedaaappnyyaaaa pastu terangkat. hehehe….

Mudah je kan cara buatnya? Semoga boleh bermanfaat dan selamat mencuba… 😉

Read More: Resepi Satay Ikan (Lokching) Dengan Sos Manis

Resepi Pais Ikan Keli Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *