Assalamu’alaikum…

Resepi Pais Ikan Bilis Basah Paling Lazat – Sekali lagi hati saya terkenang pada arwah Bonda tercinta bila cuba memulakan entry ini. Manakan tidak, inilah kiranya resepi terakhir Bonda yang sempat saya pelajari dari beliau. Gambar ini diambil, di mana ketika ini Bonda sudah tidak sihat dan mula berulang alik dari hospital dan rumah saya.

Mengenangkan pesanan doktor pada masa tu kalau boleh Bonda disajikan dengan makanan yang tidak berminyak, maka saya cuba sediakan ikan pais kegemaranya. Sempat saya meminta resepi asli beliau masa tu, sementara dia rehat santai diruang tamu.

Setelah bahan-bahannya siap, dia sudi duduk menemani saya dimeja makan ruang dapur sambil memerhatikan saya membungkus ikan pais ni. Ermmm, rindu syhadu menggamit setiap kali terkenang detik-detik paling berharga ni. Al Fatihah yang tiada berpenghujung untuk mu Bonda..

Oklah, rasanya setiap resepi ikan pais ni bahannya lebih kurang sama, kalau ada pun beza yang tak ketara. Jom resepi bawah ni…

Bahan-bahan:

  • 300 grm ikan bilis putih (ikut suka ikan mana yang anda suka ye)
  • 3 biji bawang merah*
  • 10 biji cili api *
  • 2 batang serai dihiris-hiris
  • 1 mangkuk kelapa parut ambil putihnya
  • 1 inci kunyit hidup* (*ditumbuk lumat)
  • 2 helai daun kunyit dihiris-hiris
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Daun Pisang untuk membungkus

Cara-cara penyediaan:

  • Siang ikan dan cuci hingga bersih.. ketepikan.
  • Tumbuk bahan yang bertanda * hingga lumat. bersama garam. bila dah lumat masukan kelapa lepas tu tumbuk sehingga mesra kelapa dengan bahan tumbuk tu.
  • Kemudian gaulkan ikan dengan kelapa yg telah ditumbuk dan masukan daun kunyit yg telah di hiris tadi… rasa garamnya kemudian perap sekejap.
  • Lepas tu bungkus didalam daun pisang sehingga selesai
  • Kemudian panggangkan diatas kuali leper , saya panggang guna pemanggang ajaib tu jer, dengan api yg perlahan lebih kurang 15 minit lepas tu terbalikan dan panggang lagi selama 15 minit lagi.
  • Bila siap di masak bolehlah dihidang.

Tips:

  1. Untuk mendapatkan tekture Pais Ikan yang menarik dan berbau wangi apabila siap dimasak adalah bergantung kepada pemilihan ikan yang segar a.k.a baru naik dari laut.
  2. Untuk memilih ikan pastikan insang ikan masih belum berwarna merah kelebaman dan mata ikan juga tidak merah. Basuh dan bersihkan isi perut ikan kemudian toskan airnya.

Selamat mencuba dan semoga berjaya… 🙂

Read More: Cara Membuat Sambal Tumis Ikan Bilis Palin Sedap

Incoming search terms:

Resepi Pais Ikan Bilis Basah Paling Lazat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *