Assalamu’alaikum…

Resepi Nasi Goreng Sardin Sedap dan Mudah – Salam pagi Rabu, Sedenak ni pagi-pagi dah hujan renyai, tapi buat masa sekarag, matahari dah muncul, boleh lah jemur kain baju. Pagi ni saya goreng nasi campur sardine, tapi saya ambik ikan dia saja. Kalau anda guna sardine dalam tin, mungkin 1 tin sardine saiz paling kecil tu sudah memadai. Macam saya guna sardine buatan sendiri, saya simpan dalam peti sejuk dan ni saya guna 1 ekor ikan sardine tu. Kalau nak mencuba buat sardine sendiri boleh tengok entri yang ini.

Ni sebenarnya nasi semalam, berbaki dalam 3 cawan, saya simpan dalam peti sejuk, jadi pagi ni kita goreng. Satu perihal nasi goreng ni, ianya kita boleh letak apa saja yang kita rasa sesuai, untuk rencah pun sama, nak guna ikan bilis, udang kering atau sambal belacan semua boleh.

Cuma saya nak sarankan kalau nak buat nasi goreng ni, elakkan guna nasi yang agak lembik, nanti nasi goreng akan bergumpal-gumpal dan tidak kelihatan menarik. Oh yeaa.. sebelum tu, bagi mereka yang pernah kena “hina” macam saya kena semalam, anda boleh baca satu entri yang boleh menenangkan perasaan kita di sini… Kita semak resipi pulak…jommm…

Bahan-bahan Nasi Goreng Sardin:

  • Nasi putih secukupnya
  • Ikan sardin – hancur kasar kasar
  • 3 biji telur
  • Kacang panjang – potong kecil
  • Karot – potong kecil
  • 1/2 labu bawang besar – hiris
  • 3 – 4 ulas bawang putih – hiris
  • Garam
  • Serbuk perasa

Bahan Kisar:

  • 4 ulas bawang merah
  • 5 tangkai cili padi
  • 7 tangkai cili merah – boleh guna cili kering kisar

Cara-cara Buat Nasi Goreng Sardin:

  • Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar hiris sebelum masukkan bahan kisar. Goreng sehingga wangi.
  • Masukkan karot dan kacang panjang. Kacau hingga kacang agak layu.
  • Masukkan ikan sardin yang dihancurkan kasar. Ketepikan bahan bahan yang ditumis dan pecahkan telur. Masukkan nasi dan kacau cepat cepat supaya telur bersalut di nasi.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Kacau rata dengan cepat hingga sebati semuanya.
  • Boleh lah angkat dan dihidangkan panas panas. Boleh lah tabur bawang goreng, daun
  • bawang, cili merah atau apa apa yang disukai.

Mudahkan….ni la menunya bila anda dilanda mood malas masak… Cepat dan sedap…

Selamat Mencuba…

Read More: Resepi Sushi Homemade yang Sangat Mudah

Resepi Nasi Goreng Sardin Sedap dan Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *