Assalamu’alaikum…

Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol mak saya masak untuk breakfast & lunch sekali semalam. saya suka sebab rasa nasi tu macam pulut sikit. Sebab saya kan suka pulut, gulai dia pun saya suka. Lemak, pedas, masam, masin & sikit manis. Cukup rasa.. Eh, cam iklan cukup rasa lak

Mak saya cakap Nasi dagang ni makanan popular kat Pantai Timur, tapi Nasi Dagang Putih ni mak saya kata lebih popular kat Trengganu. Sebab kalau Kelantan lebih popular Nasi Dagang yang guna beras warna merah. Mmmmm… dua-dua tu saya biasa makan. Tapi saya lebih suka nasi dagang putih sebab rasa pulut. Mak saya pun cakap camtu. Mak saya cakap kalau Nasi Dagang Merah tu mak saya cakap susah nak masak sebab beras dia keras. Hahaha… ada beras lembut ke.. Mmm,,,,mak saya cakap ada… Mak saya kata kalau beras wangi tu kira beras lembut la… Bukan beras tu yang lembut, tapi kira nasi dia la yang lembut. hahaha… Sila Layari juga channel youtubenya klik di SINI.

Selain lauk Gulai Ikan Tongkol, mak saya juga buat Acar Carrot + Mangga. Mak saya kata sebab masakan Pantai Timur Berlemak. Kena ada acar untuk kurangkan muak. Walaupun kitorang bukan orang pantai timur, tapi suka makan makanan Pantai Timur sebab sedap…!!! Tapi mak saya kata dalam rumah we all ni bukan sahaja suka makanan Pantai Timur, semua makanan pun kitorang suka… Utara, selatan, timur, barat, western, arab, indon semua kitorang suka.

Bila suap jer Nasi Dagang Lauk Gulai Ikan tongkol. Pergh….sedapppppp… Tapi kalau buat Nasi Dagang, mak saya cakap mesti ingat saya. Mak saya kata ada kisahnya. Hmmm…malas nak tanya. Nanti mak saya citer panjang-panjang. hihihi… Okey, mari kita tengok resepi.

Gulai Ikan Tongkol

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan tongkol size sederhana; dibersih, dipotong dan rebus bersama garam dan asam gelugor. Jangan terlebih garam kerana air rebusan ikan akan digunakan nanti.

Bahan Kisar:

  • 1 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci halia
  • 6 tangkai cili kering
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit
  • 1 sudu besar rempah gulai – Saya guna serbuk kari cap orang terbang, orang kata orang terengganu guna rempah cap ros. Kalau tiada serbuk kari pon boleh.
  • (semua bahan diatas adalah bahan kisar)
  • 1 biji kelapa parut
  • 1 ketul gula melaka/ nise
  • 1 keping asam gelugur
  • Segentgam cili kecik – optional
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuat Gulai:

  • Kalau ikan belum rebus, rebus ikan. Ada yang cukup kalau overnight lagi sedap. Ikut suka anda nak buat macam mana. Tapi saya suka yang fresh. Ikan rebus tak perlu lama-lama. Kalau dah rebus pon senang, sebab kerja dah berkurang.
  • Perah kelapa. buat dua kali perahan. Boleh juga guna santan ready dan campurkan air secukupnya. Tapi saya suka guna kelapa parut sebab rasa santan lebih manis dan fresh dari santan ready tu. memang la tak manis sebab yang tu diorg dah letak garam sikit. Hehehe
  • Guna santan sebagai ganti air untuk kisar bahan kisar.
  • Masukkan bahan-bahan kisar ke dalam periuk dan masak sehingga naik minyak.
  • Masukkan gula melaka dan asam keping.
  • Apabila gula melaka dah semua hancur, masukkan baki santan
  • Kacau sehingga menggelegak. Kalau tak kacau santan akan berketul.
  • Bila dah menggelegak, masukkan ikan rebus dan air rebusan ikan. Sebab guna air rebusanlah, saya lagi suka kalau rebus masa tu jugak. So air rebusan tu still fresh dan masih panas-panas lagi. Kalau periuk tak muat, masukkan air rebusan bila kuah sudah surut sedikit.
  • Tambah garam dan gula secukupnya jika perlu. Remember that air rebusan sudah masin dan dah letak gula melaka tadi. kuah pon masih banyak. Bila surut masinmanis makin terasa.
  • Masak sehingga kuah menjadi pekat atau kuah surut sehingga cukup-cukup tenggelamkan ikan. Process ni sedikit lama. Kecilkan sedikit api dan biar je dia mereneh sehingga kuah surut. Sementara itu anda boleh buat nasinya pula.

Nasi Dagang

Bahan-bahan:

  • 4 pot beras biasa – basmathi. Boleh juga guna beras biasa. Tapi dah try 3 kali guna beras yang berlainan. Basmathi is the best.
  • 1 pot beras pulut (Basuh dan rendamkan beras lebih kurang 2 jam)
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 5 ulas bawang merah – dihiris
  • 3 inci halia – dihiris
  • 2 sudu halba – rendam. Kalau terlewat/ terlupa rendam dalam air panas.
  • 1/2 sudu kecik garam

Cara Membuat Nasi:

  • Sejat beras. Masukkan dalam periuk biasa.
  • Masukkan santan sebanyak anda masak beras tu dengan air biasa.
  • Masukkan garam. masak nasi. Bila menggelegak, kacau sehingga santan kering dan tutup api.
  • Masukkan bawang, halia dan halba. Gaul sebati
  • Menggunakan pengukus, lapik pengukus dengan daun pisang, kukus nasi sehingga masak.
  • Siap di hidang.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera…

Read More: Resepi Ikan Bawal Masak Kuali yang Mudah dan Sedap

Resepi Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol Sedap yang Istimewa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *