Assalamu’alaikum…

Rasanya.. dah berbulan jugak gambar Ikan Tenggiri Special Asam Pedas ni dok dalam folder… buat gara-gara terliurkan asam pedas yang saya tayang dulu… sampaikan nampak saya dah tayang asam pedasnya kali kedua barulah teringat kat gambar asam pedas ku ini.. hehe.. Asam pedas ikan tenggiri ni dah yang kedua yang aku masak sepanjang tempoh dua bulan ni..

Puas makan sambil hirup kuah asam pedas ni.. hehe.. Sebenarnya.. kat rumah jarang2 masak asam pedas sebab bukan kegemaran cik abang. Tu yang bila datang teringin nak makan asam pedas dah tak kira abang suka ke tak… masak jugak.. ! Siap aku usik2 lagi cik abang bila dia tanya masak apa mlm ni.. aku jawap.. ‘masak lauk feberet abanglah… asam pedas’! Abang jawab ‘Allahu Akbarrr…..’ hehehehe…. teruk betul wife dia ni kan? Takper.. asam pedas masih boleh dimaafkan lagi.. abang masih makan jugak.. tapi kalau masak tomyam.. langsung tak disentuhnya!

Jom layan resepi simple dimple asam pedas saya hari ini. Jika anda suka dengan resepi ini, bolehlah mencubanya sendiri untuk dihidangkan kepada keluarga. Buat anak anak yang sedang menuntut terutamanya di luar negara, bolehlah cuba resepi yang sangat mudah dan ringkas ini sebagai menghilangkan kerinduan pada tanah air. Gantikan dengan ikan salmon, pasti terangkat. Selamat mencuba… 🙂

Baca Juga: 

Bahan Untuk Asam Pedas:

  • 4 keping hirisan ikan tenggiri
  • 5-8 biji kacang bendi
  • 1 biji tomato, dibelah 4
  • Secekak daun kesum atau daun laksa
  • 1 mangkuk kecil air asam jawa
  • 1 kuntum bunga kantan, dibelah 4

Bahan untuk kisar halus:

  • 10-15 biji cili kering, dibuang biji dan rebus atau 1 senduk cili kisar
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 batang serai,hiris nipis ambil bahagian lembut
  • 2 biji buah keras, optional
  • 1 sudu besar belacan, dibakar
  • 1 sudu kecil lada hitam

Cara Penyediaan:

  • Panaskan 1 senduk minyak dan tumis bahan kisar halus di atas api perlahan sehingga masak dan pecah minyak. Kalau minyak kurang tambahkan lagi supaya bahan kisar betul-betul masak. Minyak haruslah pecah terasing dari cili dan itu menandakan rempah masak elok.
  • Masukan ikan dan air asam jawa. Masak seketika sehingga ikan separuh masak dan kemudia tambah sedikit air. Jangan terlalu banyak nanti kuah cair.
  • Masukkan bunga kantan dan daun kesum. Masak lagi sehingga mendidih. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Masukkan kacang bendi dan kemudian diikuti tomato pada saat terakhir sebelum angkat.

Tips-tips: 

  1. Asam pedas melaka ni kalau letak belacan lagi kick.. kalau sape2 yg gatal hidung tu, jangan la letak… kang aku tak tanggung…
  2. Kalau nak rasa kesedapan lagi.. biar masak awal 3 @ 4 jam b4 nak makan… lagi lama lagi sedap coz baru sebati rasa dia tu…
  3. Lagi pekat, lagi sedap…
  4. Menggunakan ikan fresh, lagi terasa kesedapannya.. sampai boleh hirup itu kuah…
  5. Asam pedas asli melaka ni, lepas korang dah basuh tangan walau sabun pon, bau dia masih melekat kat tangan… for sure menjadi la tuh.. hehehehe

Read More: Kongsi Resepi Telur Goreng Hancur Dengan Ikan Bilis

Resepi Masakan Ikan Tenggiri Special Asam Pedas yang Lazat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *