Assalamu’alaikum…

Semalam saya menyediakan Resepi Masak Lemak Cili Padi Udang Nenas kerana dalam peti ais terdapat stok udang yang dibeli dari Kota Kinabalu. Nenas pula dibeli di kedai buah buahan di Seksyen 6 dengan harga RM1.50 sebiji. Dah lama saya teringin untuk memasak udang dengan nenas kerana seingat saya, belum pernah lagi memasak lauk ini.

Resepi ini saya belajar dari Intan, anak buah kami yang menyediakannya lauk ini semasa majlis tahlil arwah Bonda Mertua di Rawang tidak lama dulu. Walaupun saya suka masakan lemak cili padi yang bukan sahaja sedap, juga menggunakan bahan yang ringkas dan mudah disediakan tetapi saya tak boleh selalu menyediakannya kerana kesiankan Maria yang tak tahan dengan masakan pedas.

Jadi saya kenalah belajar resepi masak lemak yang tidak berapa pedas tetapi tetap sedap. Sebenarnya gulai lemak hari ini pun, dah terlebih pedas untuk Maria. Rasanya lain kali, letak 2 atau 3 biji cili padi jer pun dah cukup. Jom kita tengok resepi dulu.

Read More:

Bahan-bahan:

  • 1/2 kilogram udang

Bahan untuk di Kisar:

  • 4 ulas bwg merah
  • 3 ulas bwg putih
  • 1 1/2 inci kunyit hidup
  • 15 biji cilipadi

Bahan-bahan Lain:

  • Garam dan gula
  • 2 batang serai
  • 3 cawan santan
  • 1/2 biji nenas dipotong ikut kesukaan

Cara Penyediaan:

  • Bahan kisar di masukkan kedalam periuk
  • Masukkan nenas,bersama santan dan serai, masak sehingga nenas lembut
  • Sentiasa kacau kuah supaya tak pecah minyak
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa
  • Masukkan udang selama 2 minit, jangan terlalu lama untuk mengelakkan udang daripada keras
  • Tutup api dan hidangkan.

By The Way, nenas hari ini manis sket, but still ada soury nenas tu. Kalau tak cukup masam boleh tambah asam keping ya. Lazat okeyy! 2 pinggan Saya makan. Kurus kan saya?.. ehehehe… Selamat mencuba yer. Gerenti suami sayang! Muah!…

Faedah Nenas:

  1. Membantu menurunkan berat badan. Memakan nenas boleh mengurangkan ketagihan manisan. Menambah nenas dalam makanan harian juga membantu menurunkan berat badan kerana nenas menyebabkan rasa kenyang tanpa menambah satu auns lemak sekali pun.
  2. Menyihatkan mata. Kajian menunjukkan amalan memakan nenas melindungi mata daripada masalah berkaitan penuaan kerana ia kaya dengan anti-oksida.
  3. Membantu memerangi pelbagai jenis penyakit. nenas yang kaya dengan vitamin C merupakan sumber sangat baik untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas yang menyerang sel-sel sihat. Banyak radikal bebas dalam tubuh yang menyebabkan penyakit kronik seperti jantung, kencing manis dan barah. Amalan memakan nenas juga berkesan untuk menghindari selesema dan meningkatkan sistem imunisasi.
  4. Nenas yang kaya dengan serat amat berkesan untuk memulihkan masalah sembelit dan masalah buang air besar yang tidak teratur.
  5. Mengandungi enzim yang menjadikan kulit anjal, lembap dan menyingkirkan sel-sel mati dan rosak adalah kelebihan nenas. Enzim di dalam nenas juga membantu memerangi radikal bebas yang boleh mengurangkan tanda-tanda penuaan dan garis-garis halus.

Jangan lupa share pada sesama kawan jika anda suka pada resepi ini, dan terima kasih banyak….

Read More: Resepi Sotong Singgang Ketuk Serai Paling Sedap

Resepi Masak Lemak Cili Padi Udang Nenas Paling Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *