Assalamu’alaikum…

Kali ini saya hendak share Resepi Masak Ikan Tenggiri Acar Kuning yang sangat sedap di kala selera dah mula menurun dan kepala mula pening memikirkan lauk apa yang hendak dimasak untuk berbuka. Cara memasaknya sama dengan memasak Acar Timun Masak kecuali saya tidak memasukkan halia. Jadi masakan ini adalah ala ala Acar Ikan lah kot. Acar Timun Masak biasa saya sediakan untuk dimakan dengan nasi minyak. Cuma kalau memasak Acar Timun, saya suka memasukkan beberapa ulas bawang merah sebiji sebiji yang tidak dipotong.

 

Terdapat banyak cara membuat acar ikan ini, ada yang menggunakan cili, ada yang membuatkan seperti acar rampai..tetapi saya lebih gemar membuatnya dengan menggunakan rempah kari. Ada rasa ala-ala pajeri sedikit. Gandingan sesuaikan dengan masakkan ini sudah tentunya ikan masin dan ulam-ulaman.

Ini adalah bahan yang diperlukan dan bagaimana cara membuatnya.

Bahan yang diperlukan:

  • 2 ekor ikan tenggiri, cuci dan toskan
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 ulas cengkih
  • 4 ulas bawang putih, dihiris
  • 1/2 inci halia, dihiris halus
  • 1 biji bawang besar, dipotong dadu besar
  • 1 biji timun, dipotong jejari
  • 1 batang lobak merah, , dipotong jejari
  • 1 biji cili padi, dibelah dua
  • 1 biji cili merah, dikerat tiga
  • 1 biji cili hijau, dikerat tiga
  • 2 sudu besar cuka
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit bijan, untuk hiasan

Bahan kisar halus:

  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah
  • 2 biji buah keras

Cara membuatnya:

  • Perapkan ikan bersama sedikit garam dan serbuk kunyit untuk 15 minit.
  • Gorengkan dalam minyak panas 180C sehingga kuning keemasan.
  • Dalam kuali lain, ambil sedikit minyak yang digunakan untuk menggoreng ikan dan tumiskan kayu manis, bunga lawang dan cengkih sehingga harum. Masukkan halia dan bawang putih.
  • Masukkan bahan kisar dan tumiskan sehingga terbit minyak.
  • Masukkan cuka dan sayuran lain. Masak sayuran hanya sebentar utk keluarkan manisnya tapi jangan sampai hancur. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  • Tuangkan sayuran yg dimasak atas ikan yang telah digoreng hiaskan dengan bijian yang disangai.
  • Hidangkan dengan nasi panas

Note:

Ketika memasak lebihkan sedikit minyak masa menumis agar acar tenggelam dalam minyak tumisan bila anda simpan dalam botol. Bagaimana Resepi Masak Ikan Tenggiri Acar Kuning Istimewa yang saya share ini mudah sahaja kan?

Selamat mencuba.

Read More: Resepi Sambal Tempoyak Ikan Bilis Pedas dan Gurih

Resepi Masak Ikan Tenggiri Acar Kuning Istimewa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *