Assalamu’alaikum…

Alhamdullilah masih dapat mencuri masa untuk mengapdet di sini. Ini pun di ofis saya mengapdet, kerja banyak dah settle tu yang rajinkan diri disini. Nasib baik bawa ipad, dalam tu semua ada gambar yang saya ambil selesai memasak. Okey jom, saya nak belanja Resepi Masak Ikan Bilis Goreng Cili Hijau yang sedaaappp. Boleh meleleh peluh di dahi kalau makan sambal tumis nie. Famili saya memang suka kan yang pedas, especially yang masakan menggunakan cili. hehehe…

Senin lepas, saya pergi ke cafe baru yang di buka oleh kawan masa sekolah dulu. Baru aje mula di bukak. Dia memang dah bertekad lama untuk membuka kafe. Semoga kawan saya, Merliana berjaya dalam cita cita nya, Insya Allah. Salah satu hidangan di kafe nya Nasi goreng, ada telur mata dan juga sambal tumis ikan bilis goreng cili hijau.

Resepi nya mudah, tak banyak bahan yang di guna kan, ringkas dan cepat. Ikan bilis pulak saya dah sedia kopek awal-awal lagi. Dah di bersihkan dan simpan dalam peti ais. Bila nak masak, senang bagi saya, terus masak, tak perlu nak bersih kan lagi. Jom tengok resepinya di bawah nie.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • Segengam penuh ikan bilis – bersihkan perut dan buang kepalanya
  • 5 biji cili hijau – dihiris serong
  • 1 biji bawang besar – dimayang
  • 2 ulas bawang putih – dihiris
  • Secubit garam
  • 1/2 sudu kecil gula atau secukup rasa
  • 1 sudu kecil perahan limau nipis
  • Minyak goreng secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  • Panaskan minyak (jangan banyak sangat) Goreng ikan bilis hingga garing angkat dan toskan dahulu.
  • Dalam kuali yang sama tumiskan bawang besar, bang putih dan cili hijau yang dihiris hingga layu.
  • Masukkan gula, garam dan perahan limau nipis. Bila dah agak kering, masukkan bilis goreng tadi dan kacau rata.
  • Siap untuk dihidangkan untuk keluarga bersama nasi hangat. Sedaappp… sangat… šŸ˜‰

Khasiat Ikan Bilis:

  1. Selenium: Ikan bilis adalh sumber yang kaya dengan selenium yang merupakan mineral yang sangat mesra jantung. Selenium memainkan peranan mikro nutrien dalam menjaga kesihatan dengan mencegah arteri daripada tersumbat dan mengekalkan saluran darah dalam keadaan sihat. Ini dalah penting untuk mengekalkan kesihatan jantung dan mencegah strok.
  2. Polyunsaturated Asid Lemak: Manfaat ini adalah disebabkan terutamanya untuk pelbagai jenis lemak “baik”, seperti omega 3 asid lemak yang terkandung dalam mengurangkan risiko penyakit kerdiovaskular apabila dimakan dalam jumlah yang sederhana. Lemak ini juga mengurangkan risiko pelbagai jenis kanser.
  3. Kalium: Kalium memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan saraf dan otak bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.Tahap kaliumyang sihat juga perlu untuk mengekalkan kesihatan otot.
  4. Vitamin Penting: Ikan bilis adalah sumber yang kaya dengan 3 vitamin kuasa iaitu A,D dan E. Kedua-dua vitamin A dan D adalah perlu bagi menggalakkan dan mengekalkan kesihatan tulang selain mengekalkan sistem imun dalam keadaan sempurna. Vitamin E bersama-sama dengan Vitamin A adalah nutrien penting dalam mengekalkan kesihatan kulit dan menggalakkan kesihatan badan dan minda dengan betindak sebagai antioksidan yang kuat.
  5. Kalsium dan Protein: Pengambilan protein yang mencukupi memastikan otot dan tisu anda kekal dalam keadaan yang baik. Pengambilan kalsium juga perlu bagi memastikan tulang anda tetap kuat. Struktur rangka tulang yang sihat dapat mengurangkan ancaman osteoporosis.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba… šŸ˜‰

Read More:Ā Cara Masak Kari Ikan Keli yang Wajib Cuba

Resepi Masak Ikan Bilis Goreng Cili Hijau dan Beberapa Khasiat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *