Assalamu’alaikum…

Resepi Maggi Asam Laksa Sardin Spesial – Selama ada blog nie rasanya tak pernah pun kan saya pos entri pasal resepi masakan? Haha.. Tapi nie tak bererti saya tak pandai masak ok! Boleh lar sikit-sikit keji lar tak tau masak langsung.. Hihihi=p Disebabkan semalam kebetulan saya rasa macam malas nak makan nasik, jadi saya plan nak masak maggi. Jap jap. Maggi nie boleh dikategorikan sebagai masakan ke? Memasak maggi atau membuat maggi? Haha. Terpulanglah kepada citarasa anda sendiri untuk menggelarkannya πŸ™‚

Jadi hari nie saya nak pos entri cara-cara memasak maggi. Rasanya memasak maggi lar istilah yang tepat kan. Sebab kalau yang buat maggi pakai air panas je tue baru boleh dipanggil membuat maggi. Kalau masak guna api kena sebut sebagai memasak maggi rasanya.. hehehe. Tanak kalah πŸ™‚

Maggi asam laksa sedap ke? Terus terang saya cakap yang sebelum ni memang saya tak pernah rasa perisa Asam Laksa. Yang jadi pilihan sebelum ni adalah perisa tomyam dan kari. Tu je jadi pilihan kalau teringin nak makan mee segera! Entah macam mana, minggu lepas saya tetiba teringin nak rasa perisa asam laksa. Semua ni gara-gara saya terlihat beberapa post kawan-kawan kat facebook. Hahaha, mudah tergodakah?..

Selera manusia ni berbeza-beza. Kita ni kena raikan perbezaan tu. Saya nak kaitkan dengan selera seseorang tu dengan sikap mereka juga. Sedangkan selera kita pun berbeza. Inikan pula sikap seharian kita. Memang lainlah kan. Janganlah tahu nak bercakap hal negatif sahaja berkenaan sikap seseorang. Kita kena ambil perbezaan tu dari sudut yang positif jugak kan. Eh dah macam caunselor kerrrr? Hahaha.

Cara Memasaknya agak mudah je.. Saya punya resepi paling simple. Nak tau ke apa kesedapan Mee Maggi Asam Laksa ni ? Ikut cara masakan saya. Senang je, ikut macam kat bawah ni okay!! πŸ™‚

Bahan-bahan:

  • 2 bungkus asam laksa Cintan @ brand lain
  • 1/2 biji bawang besar – mayang
  • 1 tangkai daun kesum @ pudina
  • 1 biji telur rebus – optional
  • 1 tin Ikan selayang @ sardin (yg dlm minyak@olive oil)
  • 1 btg cili merah dan hijau- hiris
  • 1 limau nipis @ kasturi – belah dua
  • Timun – potong jejari
  • Air secukupnya

Cara-cara membuat:

  • Rebus air sehingga mendidih.
  • Masukkan perencah, daun kesum dan juga cili.
  • Masukkan mee segera cintan.
  • Biarkan sebentar sehingga mee kembang; kemudian matikan api.
  • Perahkan limau jika ingin lagi masam.
  • Hidangkan ke dalam mangkuk dan taburkan cili, timun, hirisan bawang, ikan sardin@selayang (racik), telur rebus(jika suka), daun kesum @ pudina dan limau untuk rasa yang lebih umpph!!.

P/S: Pesanan pada diri sendiri, kalau nak diet tu jangan makan makanan segera okey..Peace!! πŸ™‚

Selamat mencuba!!!

Read More:Β Resepi Nasi Goreng Sardin Sedap dan Mudah

Incoming search terms:

Resepi Maggi Asam Laksa Sardin Spesial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *