Assalamu’alaikum…

Lala Masak Lemak Cili Padi  adalah salah satu antara masakan kegemaran saya. Apabila anda pernah makan lala pasti tau rasanya yang sedap kan? Biasanya saya menyediakan lala ini bersama nasi hangat. Resepi ini saya pelajari dari kawan group masakan kat Facebook.

Kerana saya adalah orang yang sibuk, saya suka memasak lala ini sebab sangat mudah dan cepat. Tetapi lala ini memang agak mahal di Carrefour harganya lebih kurang RM12++ sekilogram. Jadi walaupun saya suka lala ini tak boleh makan kerap kerana mesti berjimat.

Sebenarnya banyak yang sudah kongsikan resepi lala masak cili ini di internet. Saya tengok semuanya sedap. Tetapi tak ada salahnya saya ikut kongsikan juga. Kerana saya buat blog ini untuk rujukkan masakan harian keluarga dimana resepinya adalah daripada warisan keluarga, majalan, group masakan, dan juga rakan-rakan.

Telah seminggu saya tak memuatkan resepi dalam blog ini. Bukan kerana malas untuk berkongsi, tetapi kerana saya sakit dan mesti berehat seketika menjadi chef di dapur dan bekerja. Alhasil, anak-anak dan suami mesti menyediakan makanan sendiri.

Alhamdulillah, hari ini saya dah sembuh dan boleh menjadi chef di dapur walaupun tidak boleh sampai terlalu lelah dan mesti banyak berehat. Okey.. kembali ke resepi, Lala Masak Lemak Cili Padi ini paling sedap apabila disediakan bersama nasi putih panas-panas. Jom kita layan resepinya dibawah.

Baca Juga: 

Bahan-bahan Lala Masak Lemak Cili Padi:

  • 1 kilo lala
  • 1 cawan pati santan kelapa sawit Khalis + 2 cawan air (gunakan cawan yang sama)

Bahan-bahan Dikisar:

  • 2 sm kunyit hidup
  • 1 biji bawang besar
  • Beberapa biji cili padi – ikut citarasa kepedasan masing-masing
  • 2 batang serai – dititik/diketuk
  • 1 biji buah tomato – dibelah 4
  • Beberapa helai daun limau purut
  • 2 keping asam keping
  • Cili merah dan cili hijau
  • Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)

Cara Membuat Lala Masak Lemak Cili Padi:

  • Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar di dalam periuk bersama lala dan serai. Masak sehingga mendidih.
  • Seterusnya masukkan santan, daun limau purut dan asam keping.
  • Perasakan dengan garam, gula, dan serbuk perasa. Kacau rata dan masak sehinggga mendidih sekali lagi.
  • Tutup api, masukkan buah tomato, cili merah, dan cili hijau.
  • Angkat dan dihidangkan.

Ha… mudah aje kan? Anak dara, anak bujang semua pun boleh masak ni. Masak lala ni sekejap je, lepas tu boleh la hidang dengan nasi panas-panas. Kalau kat rumah saya ape-ape lauk masak lemak teman sejatinya mesti ada ikan goreng dan budu. Hemmm… memang double terangkatnya.
Yang tak suka budu boleh la buat sambal belacan ke. Pun boleh terangkat juga. Makan 2 lauk cukup! tak payah nak besarkan nafsu masak banyak-banyak..hehehe.

Selamat memasak dan selamat mencuba… 🙂

Read More : Resepi Gulai Masam Ikan Kembung Paling Simple dan Mudah

Resepi Lala Masak Lemak Cili Padi Sedap dan Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *