Assalamu’alaikum…

Laksa Penang ni memang feveret dari dulu lagi sebab rasanya yang sedap. Sangat popular di Penang namun bukan lah sesuatu yang ganjil kalau anak Terengganu jati macam saya ni boleh buat lagi sedap dari yang kat Penang. Haaa… gitu ayat berlagak dia. hahaha.

Laksa Terengganu pun tak pernah buat sendiri, tapi laksa penang boleh ter rajin puloks sebab susah nak dapat yang betul betul banyak ikan dan ada rasa masam manis yang kena dengan selera. hehehe…. 🙂

Teringat masa peknenkan saya. Memang laksa penang ni antara makanan yang menjadi igauan saya masa dalam perut. Dah berkedai kedai cuba sebab nak cari yang betul betul kuahnya pekat. Sampai bila duduk kat meja, terus cakap kat waiter, kalau nak order laksa penang boleh tengok kuah dulu tak? hahaha… Sangat melampau. Last-last balik kampung, umi buatkan. Barulah kena dengan selera anak tekak saya. Okey, saya dikambing hitamkan. hahaha… 😀

Hari tu lepas siap je Laksa Penang ni terus post kat Facebook. Dan kebetulan ramai pulak yang minta di share resepi. Resepi laksa penang ni memang mudah dan ringkas sebenarnya. Cuma mungkin yang merumitkan bagi saya part nak kena asingkan isi dengan tulang.

Okey, jom layan resepi yang saya gunakan.

Bahan-bahan:

  • Laksa
  • 2 kg ikan kembung – rebus dan ambik isi
  • 2 biji bawang besar
  • 15 bawang merah
  • 2 ibu jari belacan
  • 1 senduk cili kisar
  • 22 keping asam keping
  • 2 bunga kantan – belah 4
  • 1 ikat daun Kesum
  • Garam

Bahan hiasan:

  • Telur – rebus dan belah 2
  • Timun – hiris
  • Salad – hiris
  • Bawang besar – hiris
  • Cili hidup – hiris
  • Limau kasturi – belah 2
  • Daun pudina – jika suka
  • Cili padi – jika suka
  • Udang – jika suka

Cara-cara:

  • Rebus ikan dan air rebusan disimpan untuk dibuat kuah.
  • Blend isi ikan jangan sampai hancur kerana saya suka kuah yang terasa isi ikannya.
  • Bahagian kepala ikan dan tulang diblend dan ditapis airnya.
  • Masukkan bawang yang dikisar bersama belacan dan cili kisar ke dalam air rebusan ikan.
  • Masukkan asam keping, daun kesum dan bunga kantan.
  • Masukkan isi ikan yang dikisar halus, yang dikisar kasar dan juga isi ikan yang dicarik carik sahaja.
  • Masak dengan api perlahan dan biarkan merenih.
  • Masukkan garam dan sesuaikan rasa dan kepekatannya.
  • Bolehlah dihidangkan dengan meletak laksa di dalam pinggan, tuangkan kuah laksa ke atasnya.
  • Taburkan bahan bahan dan sayuran yang dihiris.

Alhamdulillah… Dah siap pun kita masak laksa Penang. Bukan susah sangat memasak ni kan. Semua orang pun boleh memasak, tak susah mana pun. Adoii… perut pun dah berkeroncong ni. Emmm… bau pun dah harum semerbak ni. Apa tunggu lagi.. tak kan nak temgok aje. Jemput makan semua. 🙂

Selamat mencuba!!!

Read More: Resepi Seafood Paprik Ala Thai

Resepi Laksa Penang Paling Mudah dan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *