Assalamu’alaikum…

Tetiba hari ni saya rasa nak berkongsi Resepi Ketupat Sotong. Korang tau tak amenda tu? saya pernah makan.. tapi selalunya kat Kelantan yang ramai orang jual. Kebetulan hari ni My Hero nak makan ketupat sotong. Mujur dia suruh mertua yang buatkan. Suruh saya manalah saya reti huhuh. So saya tumpang belajar lah cara buat ketupat sotong ni. Mudah sebenarnya.

Balik rumah mertua memang saya tak masak. Mertua jual nasi di gerai sebelah rumahnya. So, nak makan nasi makan je la apa yang mertua masak untuk dijual. Itu untungnya balik kampung mertua.. tak perlu masak nak jaga hati mertua kah kah kah. Hehehe.. takdelah. Kadang-kadang perlu masak gak sebab bosan gak makan lauk sama hari-hari kan. Tapi saya masak yang simple-simple je macam daging goreng dan cicah dengan budu. Sedap tau! Menyelerakan makan dengan nasi panas-panas.

Eh! Melalut pulak. Berbalik kepada ketupat sotong tadi. Resepi ni ringkas je. Harap korang paham… first time saya wat entry resepi ni. Moga-moga korang paham lah yer. Dah cuba nanti bagi tau apa rasa?… Jom tengok resepi bawah nie…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • Sotong segar dalam 15-20 ekor – pilih yang agak besar sikit
  • 1 cawan beras pulut
  • 200 ml santan
  • Bawang besar
  • Halia
  • Halba
  • Garam – secukup rasa
  • Gula – secukup rasa

Semua bahan di atas ini tiada sukatan, anda ikut rasa sendiri sahaja. Lidi pendek atau cungkil gigi jangan lupa. Ianya macam kunci lah masa merebus nanti tak kasi beras pulut yang kita sumbat tu terkeluar.

Cara-cara Membuat:

  • Sotong dibersihkan dan buah lapisan merah pada kulit sotong.
  • Rendam beras pulut selama 15 minit bersama santan dan jua garam.
  • Kemudian masukkan beras pulut ke dalam sotong, Jangan padat sangat sebab nanti bahagian hujung tu nak sematkan lidi atau kunci kan.
  • Rebus sotong yang telah siap di isi pulut di dalam periuk sehingga beras pulut masak,
  • Dalam 10-15 dah masak, terus toskan sotong tu.
  • Selepas itu masukkan sotong yang ditos ke dalam periuk, kali ini masuk santan, bawang besar, halia, halba, garam sikit aje dan gula ikut suka korang.
  • Tunggu dalam 10-15 minit …dah siap.

Faedah Sotong:

  1. Membantu badan menyerap zat besi dan zat tembaga: Sotong boleh menyediakan tubuh dengan 90% tembaga, mineral yang memainkan peranan dalam penyerapan, penyimpanan dan metabolisme besi dan pembentukkan sel-sel darah merah. kekurangan kuprum dalam badan akan mengakibatkan anemia.
  2. Mengekalkan kulit, otot, rambut dan kuku yang sihat: Protein adalah salah satu daripada nutrien penting yang badan manusia perlukan untuk memastikan sihat.
  3. Boleh mengurangkan migrain: Sotong kaya dengan vitamin B2 (ribiflavin), sejenis nutrien yang beberapa kajian telah menunjukkan mengurangkan kekerapan dan tempoh migrain. Walaupun penemuan itu awal, data kajian menunjukkan bahawa riboflavin suplemen boleh menjadi tambahan yang baik untuk rawatan pencegahan migrain.
  4. Membina Tulang dan gigi: Sama seperti ikan dan udang, sotong juga penuh dengan fosforus mineral. Fosforus membantu kalsium membina tulang dan gigi.
  5. Baik untuk jantung: Sotong adalh sumber yang baik vitamin B12, salah satu daripada nutrien yang telah terbukti tahap homocystein rendah dalam badan. Inidvidu yang mempunyai tahap homocystein tinggi telah terbukti mempunyai kadar yang lebih tinggi daripada strok, serangan jantung dan kematian akibat penyakit jantung berbanding dengan mereka yang mempunyai tahap normal.
  6. Tingkatkan sistem imun: Individu yang kekurangan zink telah terbukti menjadi mudah terdedah kepada pelbagai organisme berjangkit dan sotong merupakan sumber mineral ini.

Senang kan? Cuba lah buat, makan memang puas hati kalau masak sendiri hehe… Semoga apa yang telah saya kongsikan boleh bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba… 😉

Read More: Cara Membuat Ketupat Sotong Ala Kelantan yang Wajib Cuba

Resepi Ketupat Sotong Ala Mertua Paling Sedaaappp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *