Assalamu’alaikum…

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api Paling Lazat Terkini – Malam tadi, Hubby juga membuat kejutan dengan memberikan hadiah yang sangat cantik. Sebetulnya telah agak lama kami tidak mengamalkan pemberian hadiah. Sekadar ucapan hari jadi dan keesokannya, keluar makan malam dengan semua anak anak. Itulah sampai saya bertanya siapa yang beri hadiah ini. Yang sebetulnya saya pun terlupa akan hari jadi sendiri.

Sebelum masuk bab resepi, jom kita baca tazkirah Zohor Ustaz Najhan kitab Ayyuhal Walad iaitu Nasihat Imam Ghazali ke 20 iaitu Ikhlas. Apa erti ikhlas? Ikhlas ialah segala amalan mu hanya untuk Allah. Dan hati tak rasa senang bila menerima pujian dan tak terkesan dengan kecaman mereka. Perbetulkan hati kita kerana hati tempat pandangan Allah pada seseorang. Allah hanya pandang hati manusia. Bukan jasad dan anggota badan manusia. Kena kukuhkan hati iaitu dasar hati. Dasar yang betul dan jernih.

Ikhlas ialah bila engkau jadikan semua amalan mu hanya untuk Allah. Khasnya ibadah. Hati engkau tak terasa apa apa bila dipuji atau dicela. Hati tak terkesan dengan apa apa pujian atau celaan manusia. Malahan kita tak suka orang puji. Dan tak rasa hina atau kecil hati bila dicerca. Bila kita tahu samada kita buat sesuatu untuk Allah? Ianya bila kita dapat respon dari orang lain. Ketika itulah, kita akan tahu keikhlasan kita yang sebenar.

Sekarang kita ubah ke topik masakan pula. Saya teringat yang sekarang ini tengah bulan penuh atau bulan mengambang. Jadi ketam akan berisi padat. Sempat lagi pesan supaya hanya membeli ketam betina. Ketam betina mempunyai bentuk seperti tiga segi bawah perut yang agak lebar. Jom layan resepi Masak Lemak Ketam saya pada hari ini. Masak lemak mesti berkuah pekat, barulah sedap.

Artikel Lainnya:

Bahan yang diperlukan:

  • 4 ekor ketam
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1/2 kunyit hidup
  • 3 biji cili merah
  • 10 biji cili api
  • 1 biji santan [boleh jugak ditukar santan kotak]
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa

Cara Penyediaannya:

  • Kisar semua bawang merah, bawang putih, cili merah, cili api dan kunyit hidup sehingga kasar.
  • Ketam yang telah dibersihkan dibelah dua dan masukkan ke dalam periuk.
  • Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam periuk bersama dengan 2 batang serai yang telah diketuk.
  • Kemudian tutup periuk dan biarkan api perlahan.
  • Apabila air dari bahan kisar dan ketam juga nenas sudah hampir kering, boleh terus masukkan santan.
  • Kacau perlahan dan biarkan mendidih, selepas itu masukkan garam serta serbuk perasa.
  • Biarkan sekejap atau mendidih sehingga masak.

Tips:

  • Jika ketam betina yang mempunyai telur anda tidak perlu buang kulit. Jika ketam biasa, buang kulit dan potong dua bahagian dan leraikan kaki bersepit.

Mudah kan resepi aku ni.? Kisar je semua campak je dalam periuk lepas tu masak. Nak yang mudah lagi pi beli kat kedai je la.. hehehe.. Selamat Mencuba..

Read More: Udang Masak Lemak Cili Api yang Simple dan Mudah

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api Paling Lazat Terkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *