Assalamu’alaikum…

Selamat pagi dan apa khabar semua… Hari ni macam tiada apa yang ingin saya bicarakan, wahhh ayat sekima habisss kan. hahaha… Kali ni saya nak kongsikan lagi satu menu yang simple tapi sedap. Kerisi Goreng Berempah, biasenya kita buat ayam goreng berempah kan? sekarang ni ikan pon kita boleh masak macam tu jugak. Sebenarnya ikan kerisi ni fevret saya, memang suka sangat makan ikan kerisi ni dari ikan-ikan yang lain, isinya sedap lagi kalau dapat yang fresh terus dari laut. hahaha… Tapi betul ke dari laut ikan ni, lupa lak nak kaji. hihiiii…

Resepi ni saya ambil dari blog DapurKu Sayang, agak dah lama juga la Kak DJ ni menayang resepi ni. Tapi saya baru berkesempatan untuk membuatnya pula, maklum la list punya la panjang tak ingat. hehehe… Ikan ni isinya terasa manis dan sedap jika di makan bersama nasi putih yang panas. ikan kerisi ini mempunyai tulang yang banyak, berhati hatilah semasa menikmatinya.

Ikan ni kalau kita makan panas memang sedap. Lembut aje bile kita mencubit isinya tu, dah sejuk pon sedap jugak. Tapi lagi sedap dimakan masa panas-panas tu. (apa terbelit-belit punya ayat la ni) hahaha… Okey la, baik kita ke resepi terus, dari membiarkan saya merapu atau mengarut cerita yang lain-lain pula. Pada Kak DJ, saya minta izin untuk share resepi ni di sini yea…jom tengok resepi bawah ni. Sila layari juga channel youtubenya klik di SINI.

Bahan-bahan:

  • 4 ekor ikan kerisi sederhana
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 1 sudu makan serbuk kari ikan
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu makan cili serbuk
  • Garam secukup rasa
  • 1 tangkai daun kari

Cara-cara Membuat:

  • Bersihkan ikan kerisi dengan air mengalir.
  • Kemudian gaulkan bahan-bahan di atas hingga sebati dan perap selama 30 minit.
  • Kemudian gorenglah hingga keemasan atau hingga masak.
  • Setelah matang tutup api, angkat dan toskan.
  • Hidangkan bersama nasi putih.

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat Resepi Kerisi Goreng Berempah ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah dapur anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat. Selamat mencuba…

Read More: Resepi Ikan Siakap Kukus yang Mudah dan Simple

Resepi Kerisi Goreng Berempah yang Mudah dan Sedap Sangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *