Assalamu’alaikum…

Apa kabar kawan-kawan yang selalu setia menemani saya dalam blog ini. Pada time ini saya nak share Resepi Kerabu Sotong Ala Thai Paling Mudah. Sesuai untuk mereka yang ingin cepat dan tak mempunyai masa yang cukup. Sebab semalam suami mengidam nak makan kerabu. Suami nak beli kat kedai tapi saya tak bagi. Mahal dan boleh buat sendiri, lebih baik buat sendiri kan? Puas hati dan boleh jimat sekali.

Kebetulan kat rumah ada sotong saiz comel-comel yang suami baru beli, jadi saya decide nak buat kerabu sotong untuk suami. hehehe… Pastila jika masak time saat puasa semua main campak-campak. Alhamdulillah, suami kata sedap dan cukup rasa. Senyum sampai ke telinga la isteri dia semalam. Masak dengan kasih sayang dan ikhlas insyaAllah hasilnya berbaloi.

Jom jengah menu sihat dari saya. Bagi penggemar kerabu, sotong pula manis jika dibeli segar. Tapi ingat tau, sotong segar tinggi kolesterolnya, 159 kalori bagi yang fresh. Tak percaya!!!

Note: Kerabu ni boleh juga di mesin halus cili merah dan cili padi. Kemudian barulah dikacau rata bersama bahan-bahan tadi. Jika kerabu kelihatan kemerahan sikit, disebabkan cili kisar tadi.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan Kerabu Sotong:

  • 400 gramm sotong
  • 1 ulas bawang besar – dimayang
  • 1 biji tomato – dipotong dadu
  • 1 biji lada merah
  • 3 biji cili padi
  • 3 batang serai
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 4 tangkai daun kesum
  • 5 sudu besar sos ikan
  • 6-8 biji limau kasturi – ambil air perahan
  • Garam dan gula secukup rasa.

Cara Membuat Kerabu Sotong:

  • Celur sotong seketika dengan air panas dan kemudian toskan. Hiris nipis-nipis.
  • Bahan-bahan kerabu dihiris nipis-nipis.
  • Masukkan sotong yang telah dihiris dan semua bahan lain ke dalam mangkuk. Gaul hingga sekata.
  • Siap untuk dihidangkan, dan anda pasti akan terangkat bila memakannya.

Faedah Sotong:

  1. Membantu badan menyerap zat besi dan zat tembaga: Sotong boleh menyediakan tubuh dengan 90% tembaga, mineral yang memainkan peranan dalam penyerapan, penyimpanan dan metabolisme besi dan pembentukkan sel-sel darah merah. kekurangan kuprum dalam badan akan mengakibatkan anemia.
  2. Mengekalkan kulit, otot, rambut dan kuku yang sihat: Protein adalah salah satu daripada nutrien penting yang badan manusia perlukan untuk memastikan sihat.
  3. Membina tulang dan gigi: Sama seperti ikan dan udang, sotong juga penuh dengan fosforus mineral. Fosforus membantu kalsium membina tulang dan gigi.
  4. Tingkatkan sistem imun: Individu yang kekurangan zink telah terbukti menjadi mudah terdedah kepada pelbagai organisme berjangkit dan sotong merupakan sumber mineral ini.

Selamat mencuba, silahkan share jika ingin kongsikan juga bersama kawan-kawan diluar sana.

Read More: Resepi Sotong Bakar Percik Paling Mudah dan Sedap

Resepi Kerabu Sotong Ala Thai Paling Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *