Assalamu’alaikum…

Wwwaahhh…hari ni kita main masak-masak. Saya nak share satu Resepi Kari Kepala Ikan atau dipanggil gulai ikan. Resepi ni saya belajar dari mak mertua saya. Mak memang pandai masak. Maklumla, air tangan mak… masak apa pun sedap, cukup rasa, cukup masam, cukup garam semuanya sempurna.

Serius saya cakap, resepi ni memang sedap dan tatkala anda menumis, percayalah bau harum dia sangat wangi tak macam anda tumis kari biasa. Dannnnn….resepi ni jugalah, kawan saya, saudara mara dan adik-beradik sebelah saya puji yang kari saya buat rasanya sangat sedapp sampaikan mintak resepi…laling saya aka my suami???hehehehe…dia tak cakap depan tapi kalau tengok menambah tu, in shaa Allah memang sedap la tu…lulus la ujian walaupun masakan mak tetap di hati… 🙂

Keluarga suami saya ramai, 11 orang semuanya dan adik-adik ipar saya pun semuanya terer bab masak. Ada sorang adik ipar saya ni yang kami panggil Rima, dialah yang paling ligat di dapur. Suami Rima pun sama, Fadhil pandai masak juga lagi-lagi makanan barat. Kalau time cuti, balik kampung ramai-ramai terutamanya time raya, memang ada ja menu sedap-sedap yang disediakan. Bakar ayam, bakar ikan, kuah percik, tomyam, buat barbeque, masak beriyani, nasi ayam, nasi arab sebut ja memang macam main masak-masak…teringin nak makan apa, terus jadi…Alahai…lapaq plak…huhuhu….

Resepi kari ikan paling sedap ni pun mak mertua saya belajar dari orang lama, orang dulu-dulu dan juga tambahan petua dari orang yang meniaga kari ikan yang sedap. Jom kita tengok resepinya. Ooooppps satu lagi, resepi ni ada yang takdak sukatan tepat. Jadi, dari segi rasa masin masam kena ikut selera masing-masing ya…

Baca Juga: 

Bahan-bahan:

  • 700 gram kepala ikan merah, boleh di gantikan dengan ikan lain.

Bahan untuk di tumbuk

  • 3 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawan putih*
  • 1 inci halia.*
  • 1/4 biji bawang besar*

Bahan untuk di tumis:

  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 1 batang kecil kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • Sedikit daun kari

Bahan-bahan lain berkaitan:

  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 paket rempah gulai ikan
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 biji tomato di potong 4
  • 5 batang bendi
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

  • Tumbuk kasar bahan-bahan yang bertanda *
  • Bancuhan serbuk kari dan serbuk cili menjadi paste yang pekat
  • Panaskan minyak dalam periuk, tumisan bahan tumbuk kasar bersama bunga lawang, kayu manis, daun kari dan halba campur hingga naik bau.
  • Masukkan paste serbuk kari dan cili, tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan ikan, tutup selama 3 minit di atas api sederhana.
  • Masukkan 2 cawan santan cair, biarkan sehingga mendidih, kemudian masukkan satu cawan santan pekat, garam dan gula secukup rasa.
  • Akhir sekali masukkan tomato dan bendi selama 2-3 minit atau hingga sedikit layu.
  • Siap dan sedia dihidangkan.

Akhirnya siap sudah resepi mudah membuat kari kepala ikan yang power dan menyengat. Makan pula dengan nasi putih dan juga sambal belacan memang terbaik. Selalu orang makan kari ni dengan nasi kandar cukup popular kat penang. Selamat mencuba…!!!

Read More: Resepi Gulai Ikan Tongkol Nasi Berlauk Kelantan

Resepi Kari Kepala Ikan Warisan Keluarga Paling Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *