Assalamu’alaikum…

Oklah cerita pasal menu pagi ni, layan ajelah apa yang ada ni. Dah lama sebenarnya masak Kari Kepala Ikan Salmon ni. Sengaja tak letak entry rapat-rapat dengan entry ikan salmon yang dulu tu. Tsayat nanti dikatakan haii.. banyak benar pitih orang ni dok makan ikan salmon sokmo. hehe… Sebenarnya ini saki baki ikan salmon yang dibeli dulu tu. Kalau masih ingat, sebelum bulan puasa lagi. haha.. Cuma saya sengaja letak entry ikan salmon ni jarak-jarak sikit, lepas-lepas ni ada lagi insyaAllah. Tapi tak tau bilalah tu gilirannya enterprem. hehe..

Masa beli ikan salmon dulu saya berkongsi dengan member sekerat sorang sebab ikan ni agak besar jugak, pancit kalau nak beli sekor.. hehe.. Saya pilih bahagian kepala, orang Chinese mungkin kurang suka kot ikan bahagian kepala. Jadi saya amik jelah bahagian kepala tu, boleh juga di buat sup. Tapi bila tiba masa nak masak, rasa nak ubah selera pulak. Google-google resepi jumpa Resepi Kari Kepala Ikan Salmon ni dari blog Kairul. Saya pun masak jelah, tapi dengan sedikit ubaisuai. Thanks ye Khairul untuk resepi ni. Layari juga channel youtube saya Resepi Ikan Cencaru Cicah Sambal Kicap Paling Sedap klik di SINI.

Oh ya, bercerita pasal ikan salmon ni rupa-rpanyanya kepala ikan salmon ni ada bahagian tulangnya yang rawan. Sedap krup-krup boleh makan macam tu jer. Kiranya tak banyak la tulang-tulang keras berbanding dengan ikan-ikan yang lain pada kepalanya tu. Tapi saya tak berapa lalu pulak makan ikan ni bila masak berkuah gini sebab pada kepala ikan ni banyak sangat gelatinnya. hehehe… Nasib baik hubby boleh makan, so dialah yang laju. Saya cubit isi-isi dia jer. Jom tengok resepi…

Resepi Masakan Ikan Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 2 biji bawang besar dimayang halus
  • 2 ulas bawang putih dimayang halus
  • 1 kepala ikan salmon – bersaiz besar (sekitar 600gm) dibelah dan dibersihkan.
  • 2 bungkus rempah kari ikan
  • 1 sudu besar halba campur
  • 8-10 biji kacang bendi
  • 2 biji tomato
  • 1 biji cili merah – terpulang ikut kepedasan masing-masing.
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sudu kecil pes asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit air dan minyak untuk menumis

Cara Penyediaan:

  • Bancuhkan serbuk kari bersama 2 cawan air dan pes asam jawa kemudian ketepikan.
  • Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halba campur sampai naik bau. Masukkan daun kari dan kacau lagi sehingga kekuningan.
  • Masukkan rempah/serbuk kari yang dibancuh tadi dan kacau rata sehingga terbit minyak.
  • Tambahkan air mengikut kadar kepekatan yang disukai dan biarkan mendidih.
  • Kemudian masukkan kacang bendi dan tomato dan garam secukup rasa dan kemudian masukkan kepala ikan tadi.
  • Perlahankan api dan biarkan seketika sehingga naik minyak.
  • Siap dan hidangkan.

Sangat Simple dan Mudah kan untuk membuat Resepi Kari Kepala Ikan Salmon ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan anda untuk memasak. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat.Selamat Mencuba…

Read More: Sotong Masak Serai Kunyit yang Simple dan Paling Sedap

Resepi Kari Kepala Ikan Salmon yang Mudah dan Paling Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *