Assalamu’alaikum…

Resepi Kari Kepala Ikan Ala Mamak Paling Sedaaappp – Apa kabar kawan-kawan, kabar baik kah? Bersiaran lagi petang ni. Kali ni pos resepi lauk pulak ye.. Ini pun juadah berbuka hari Rabu baru ni jugak. Rezeki di hari ni agaknya adalah hamba Allah beri 3 ekor ikan jenahak yang di pancing di laut kat makcik. Makcik pulak hari-hari sibuk dok buat bubur lambuk masjid, tsayat tak sempat habis ikan yang banyak tu. Jadi seekor dari ikan-ikan tu dah jadi rezeki saya.

Alhamdulillah, Makcik bagi yang paling besar pulak tu, balik-balik saya timbang, ikan tu beratnya hampir 1.4 kg. Itupun ikan dah siap buang perut dan sisik. Saya tinggal kena potong aje. Jenuh jugaklah nak potong ikan ni (abang lak kerja Rebu baru ni, tu yang kena potong sendiri) siap kena ketuk-ketuk dengan anak lesung lagi. hehehe… Yelah… tulang tengahnya tu kan ke keras, dah guna pisau daging tu pun kena ketuk-ketuk baru lut.

Kalau dah ada ikan besar gini, kepalanya tu sedap dibuat kari atau gulai cili padi aje. Isinya pulak biasa saya goreng garam kunyit je. Sebab dah lama tak makan kari ikan, saya pun masak ler kari kepala dan ekornya tu. Kari ala-ala mamak style yang tak gunakan santan. Memang resepi ni akak digunakan sampai bila-bila, sebab sedap sangat-sabgat. Yang penting, kari ni tak gunakan santan. So.. boleh ler hirup kuahnya tu tanpa rasa bersalah. ahahaha… Jom resepi bawah ni…

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • Kepala ikan Jenahak/Merah dibersihkan dan di belah dua
  • 2 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia
  • 3 camca besar rempah kari ikan

Bahan-bahan Tumis:

  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus (kalau besar guna 1 ulas saja)
  • 4 biji bawang merah kecil, dihiris halus
  • 1 camca teh halba campur (terdiri dari halba, jintan putih/kasar dan biji sawi)
  • 2 tangkai daun kari

Bahan-bahan Lain:

  • Air asam jawa
  • 3 biji tomato, dibelah dua
  • Bendi
  • Terung panjang atau terung bulat
  • Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
  • 2 biji cili merah/hijau, dibelah dua, jangan putus
  • 1/2 kiub ikan bilis

Cara Memasak:

  • Bersihkan ikan, perap dgn asam limau dan garam, cuci bersih dan toskan. Satukan rempah kari ikan dan juga bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Gaul rata.
  • Panaskan 1/2 cawan minyak dalam periuk, tumis bahan-bahan tumis hingga wangi. Masukkan rempah yang telah dibancuh tadi dan masak hingga terbit minyak. Gunakan api perlahan.
  • Masukkan air asam jawa (lebih kurang 700ml, atau ikut suka) masukan bendi dan terung dan kacau. Biar hingga mendidih. Masukkan ikan dan perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa jika suka.
  • Bila mendidih, masukkan 1/2 kiub ikan bilis, tomato dan belahan cili hijau dan merah. Biar mendidih seminit dua dan siap.

Semoga boleh bermanfaat bagi semua, jangan lupa share juga ya… Selamat mencuba… 😉

Read More: Resepi Ikan Tumis Serai yang Sedap Bersama Faedahnya

Resepi Kari Kepala Ikan Ala Mamak Paling Sedaaappp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *