Assalamu’alaikum…

Selamat pagi dan apa khabar??? hari ni saya nak kongsikan Resepi Kari Ikan Tongkol Sedap, kerana ikan tongkol ialah ikan yang paling saya suka. Resepi ni ramai orang buat untuk makan bersama nasi dagang. Tapi kalau anda mau makan bersama nasi putih pun tambah sedap.

Resepi ini ialah kegemaran keluarga dan cukup populer di kalangan masyarakat malaysia. Menu Kari Ikan Tongkol merupakan permintaan anak-anak. Memang mudahlah kerja saya di dapur sebab sudah tahu apa yang hendak di masak.

Resepi ini sangat mudah penyediaanya kerana menggunakan bahan-bahan yang simple saja. Biasanya bila saya nak masak kari saya goreng terlebih dahulu sampai setengah masak. Saya paparkan resepi ini untuk memudahkan dimasa depan.

Resepi kari ikan paling sedap ni pun mak mertua saya belajar dari orang lama, orang dulu-dulu dan juga tambahan petua dari orang yang meniaga kari ikan yang sedap. Jom kita tengok resepinya. Resepi ni ada yang takdak sukatan tepat, jadi dari segi rasa masin masam kena ikut selera masing-masing ya.

Baca Juga: 

Bahan-bahan yang perlu disediakan:

  • 1 ekor ikan tongkol hitam
  • 2 biji terung dan 12 biji tomato cherry – Dibasuh dan dibelah
  • 2 susu besar serbuk kari ketam adabi,1 sudu besar serbuk kari ayam dan daging
  • 1 sudu setengah serbuk cili

Bahan-bahan yang perlu dikisar:

  • 7 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Rempah penumis
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • Secubit biji sawi
  • 1 biji santan segar
  • 1/2 gelas air asam jawa
  • Garam,serbuk perasa dan air secukupnya
  • Minyak

Cara-cara memasak:

  • Bersihkan ikan kemudian direndam bersama air sama jawa selama 10 minit.
  • Serbuk kari ketam,ayam serta serbuk cili di sebatikan dan di campur dengan setengah gelas air kemudian dikacau sehingga sebati menjadi pes.
  • Panaskan kuali sebab nak tumiskan rempah,diikuti dengan bahan-bahan kisar dan ditumis hingga kekuningan serta naik bau.
  • Masukkan pes ketiga-tiga jenis serbuk tadi dan tumis lagi sampai ringan dan garing.
  • Masukkan air asam jawa dan kacau sehingga mendidih.
  • Cuci sekali lagi ikan yang sudah direndam dengan air asam tadi kemudian masukkan kedalam kuah yang telah mendidih dan diikuti dengan terung dan santan serta biarkan mendidih sekali lagi.
  • Sekiranya kuah tidak cukup atau terlalu pekat tambah air secukupnya kemudian masukkan garam dan serbuk perasa.
  • Akhir sekali,selepas mendidih dengan sempurna masukkan tomato dan tutup tudung periuk seta biarkan selama 3 minit sebelum ditutup api.
  • Sedia untuk dihidang.

Nah… bagaimana? Resepi cara mudah bagaimana untuk membuat kari tuna yang lazat? Anda boleh juga terus cuba untuk mengamalkannya sendiri di rumah dengan ciptaan masing-masing. Siapa yang tahu boleh menjadi satu pengekalan menu untuk keluarga anda. Makanan ini juga boleh ditambah dengan beberapa bahan lain seperti daging, brokoli, lada, kentang atau lebih. Mungkin ia adalah resepi yang boleh saya berkongsi ini pasti masa mungkin berguna untuk anda semua.

Selamat mencuba dan semoga berjaya!!!…

Read More: Resepi Sotong Kukus Limau Paling Sedap

Resepi Kari Ikan Tongkol Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *