Assalamu’alaikum…

Resepi Kari Ikan Nasi Kandar Pulau Pinang – Kali ini saya nak cerita panjang sikit tentang resepi yang akan saya kongsi. Maklumlah, orang dapat cuti sehari sempena Good Monday, jadi macam-macamlah yang boleh dibuat di dapur. Di kesempatan keemasan ini juga saya cuba masakan dari buku resepi Hidangan Tradisi Pulau Pinang oleh Puan Hasma Basir. Saya rasa seronok dapat mencuba Resepi Nasi Kandar.

Sekarang barulah saya faham asal-usul Nasi Kandar. Kata Puan Hasma, asalnya Nasi Kandar ini dijual oleh orang India Muslim, yang dikenali sebagai ‘mamak’. Mereka sangat aktif berniaga terutama di sekitar Tanjung, iaitu ibu negeri Pulau Pinang. Dahulu, mereka menjaja dengan mengandar nasi dan lauk-pauk dan berkemungkinan nasi tersebut dijual kepada orang bujang yang ramai bekerja di kota itu. Dan, katanya lagi dari sinilah nama ‘Nasi Kandar’ bermula.

Nasi Kandar dimasak dengan membuang air hingga hampir habis dan kemudian ditanak semula. Hasilnya sudah tentulah nasi kelihatan serai berderai!

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 kg. ikan yang telah dibersihkan (boleh guna apa-apa ikan)
  • 150 gm. santan pekat atau 1/2 tin susu cair.
  • 2 biji tomato (dipotong empat)
  • 6 biji bendi – basuh dulu baru dipotong tangkainya
  • 2 biji terung dipotong 4
  • 2 biji cili hijau
  • 1 senduk besar minyak masak
  • Garam secukup rasa.

Bahan-bahan ditumis:

  • 1 sudu kecil halba campur
  • 2 biji bawang besar dipotong dan dihiris
  • 3 helai daun kari

Bahan-bahan yang dikisar atau ditumbuk:

  • 4 biji bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci halia

Bahan-bahan lain (disatukan dan dibancuh dengan sedikit air):

  • 125 gm rempah ikan
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk kas-kas (sekiranya diperlukan)

Cara-cara penyediaan:

  • Panaskan minyak di dalam periuk atau kuali.Masukkan halba campur.
  • Apabila naik bau, masukkan bawang besar yang dihiris dan daun kari.
  • Apabila hirisan bawang bertukar warna keemasan masukkan kisaran bawang putih dan halia.
  • Kacau rata dan kemudian masukkan kisaran bawang besar.
  • Apabila tumisan mula mendidih, masukkan bahan-bahan C dan biarkan sebatian kari masak hingga terbit minyak.
  • Masukkan air asam jawa dan 1 cawan air, dan biarkan ia mendidih selama 5 -10 minit.
  • Perlahankan api dapur dan masukan ikan. Biarkan ikan ini masak selama 15-20 minit.
  • Masukkan terung. Biarkan kari itu mengelegak selama selama 3-5 minit lagi.
  • Masukkan santan/susu cair dan garam secukup rasa. Kacau perlahan dan berhati-hati supaya isi ikan tak pecah/ hancur.
  • Apabila ikan telah masak, masukkan bendi, tomato dan cili hijau. Kacau seketika dan tutup api dapur. Tudung periuk dengan penutup supaya bau haruman rempah kari tidak terbebas.

Saya harap, apa yang telah dikongsikan boleh berguna. Selamat mencuba dan semoga berjaya…

Read More: Kongsi Resepi Ikan Siakap Kukus Asam Boi

Incoming search terms:

Resepi Kari Ikan Nasi Kandar Pulau Pinang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *