Assalamu’alaikum…

Semalam saya masak Kari Ikan Bawal Tanpa Santan dan makan bersama daging serai rosemary. Begitu menyelerakan… 🙂

Keluarga saya memang suka kari ikan, lebih-lebih lagi kalau disimpan semalaman dan kemudian makan cicah dengan roti. Ada ummph!!!!

Setiap kali saya masak kari, tidak kira kari ikan atau pun daging, saya akan pastikan rempahnya dimasak agak lama. Saya memang sengaja tidak masukkan santan sebab bagi saya rasanya lebih sedap. Bila rempah kelihatan sedikit gelap, pekat dan terbit minyak barulah saya akan masukkan air dan masak sehingga mendidih. Lepas tu masukkan ikan atau pun daging. Bila lauk dah masak, direneh (masak diatas api yang kecil) sehingga kuah kelihatan sedikit pekat, baru best! 🙂

Bahan-bahan:

  • 2 Ekor ikan bawal hitam siap digoreng.
    * nak guna ikan lain pun boleh. Gaul dengan garam kunyit dan goreng jangan terlalu garing *
  • 1 Sudu kecil halba campur
  • 1 inci halia diiris tipis
  • 4 Ulas bawang putih
  • 2 Biji bawang besar
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 Bjij tomato dibelah 4 / dipotong dadu
  • 1 Biji cili hijau
  • 1 Biji cili merah
  • 1 Biji terung dipotong 4 atau 6
  • 5-6 Biji kacang bendi
  • 5 Sudu besar rempah kari ikan
  • 1 Sudu besar rempah kurma
  • 1 Sudu kecil serbuk cili
  • Garam secukup rasa
  • Air masam jawa secukupnya

Cara-caranya:

  • Panaskan minyak secukupnya. Tumis halba campur, bawang besar, bawang putih, halia, tomato yang dipotong dadu dan serai. Tumis hingga semua bahan jadi layu dan naik baunya.
  • Masukkan 2 cawan air putih.
  • Kemudian masukkan rempah kari ikan, rempah kurma dan serbuk cili.
  • Kacau sebati dan biar hingga pecah minyak.
  • Masukkan pula air asam jawa. Jika terlalu pekat, tambah sedikit lagi air.
  • Seterusnya masukkan kacang bendi,terung dan tomato yang dibelah 4. Tambahkan garam secukup rasa.
  • Biar kari menggelegak sedikit.
  • Seterusnya bolehlah masukkan ikan bawal goreng tadi. Kacau rata biar ikan sebati dengan kuahnya. (Ni lah namanya ikan di laut, asam di darat, di dalam kuali bertemu jua! hehehe)
  • Finally patah-patahkan cili merah dan cili hijau ke dalam kari kita. Perasakan secukupnya dan bolehlah dihidangkan.

Tips:

  • Untuk mengelakkan ikan menjadi hancur.Jangan masak terlalu lama.
  • Gunakan asam jawa yang mempunyai biji. Asam jawa jenis ini tidak terlalu masam.
  • Anda juga boleh menggunakan ikan lain selain dari biji nangka seperti Ikan   Bawal/Merah/Jenahak/Kembong dan lain-lain.
  • Kari Ikan ini akan menjadi pekat dan sedap jika disediakan sehari awal.

Pagi tadi kuah kari ini saya cicahkan dengan roti canai untuk sarapan pagi. Suami dan anak-anak lebih gemar makan roti bakar bersama kuah kari ini. Hehe…

Selamat mencuba!!!

Read More: Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Ala Thai

Resepi Kari Ikan Bawal Tanpa Santan Paling Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *