Assalamu’alaikum…

Apa khabar hari rakan-rakan setia Blog Resepi Masakan Ikan, sihat kan?… Kali ni saya akan berkongsi Resepi Kari Ikan Bawal. Menu kari memang tidak dapat di pisahkan dengan orang utara dan di Kedah ni kami menyebutnya sebagai gulai. Definisi gulai di antara orang utara semenanjung dengan bahagian selatan agak berbeza. Tapi di sini memang gulai itu adalah kari.

Di Langkawi banyak tempat makan yang menyajikan gulai panas, terutama sekali untuk hidangan makan malam, di mana pelanggan akan memilih sendiri ikan segar yang di sediakan oleh restoran atau gerai tersebut dan di masak serta hidangkan panas-panas kepada pelanggan dengan lauk-pauk lain dan ulam-ulaman segar.

Bagi saya, konsep perniagaan dan menu begini amat bagus di perkenalkan kepada pelancong asing dan bersaing dengan kebanjiran tempat makan Thai yang tumbuh seperti cendawan lepas hujan di Bandaraya pelancongan ini, hinggakan hilang identiti Malaysia yang di cari oleh pelancong itu sendiri. Maklumlah kedudukan geografi Langkawi begitu hampir sekali dengan selatan Thailand.

Baiklah, untuk hari ini saya ingin berkongsi hidangan kari ikan bawal. Pasti semua orang tau memasak kari kan, tetapi saya ingin juga berkongsi di sini untuk yang tidak tahu dan masih belajar memasak terutama sekali bagi adik-adik dan anak-anak kita. Jom tengok resepi bawah ni.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan bawal putih (+/- 750gm beratnya)
  • 8 biji bendi
  • Sebiji tomato (potong 4)
  • 150 ml pati santan
  • Perahan air asam jawa (secukupny)
  • 25gm kari ikan (Cik Mun guna jenama babas)
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 labu bawang merah kecil
  • 1 tangkai daun kari
  • 1/2 inci halia
  • Perasa (optional)

Cara-cara Membuatnya:

  • Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia. Setelah bawang agak garing dan naik baunya, masukkan daun kari dan serbuk kari. (jika tak yakin/bimbang serbuk kari hangit, bancuh dulu dengan air dan tumis hingga pecah minyak) cara yang saya buat no short cut sebab nak cepat.
  • Setelah naik bau karinya, cepat-cepat masukkan air (secukupnya untuk kuah) dan masukkan kacang bendi.
  • Tunggu hingga mendidih dan bendi empuk.
  • Masukkan ikan bawal dan tomato garam dan air bancuhan asam jawa secukupnya dan perasa.
  • Akhir sekali, masukkan santan pekat dan kacau selalu. Pastikan api yang digunakan setelah santan dimasukkan ialah api kecil. Ini bagi mengelakkan kari ikan ini pecah minyak/santan bergumpal.
  • Setelah mendidih, sendukkan dan hidangkan.

Sangat mudah dan senang kan untuk membuat resepi ini?… Sila cuba di rumah dan jangan lupa untuk terus melawat blog masakan saya. Saya akan sentiasa berkongsi resepi yang memudahkan untuk mengatasi masalah hidangan menu seharian anda. Jika anda masih mahu resepi lain untuk melihat resepi yang telah kami sediakan dalam laman carian. Jangan lupa untuk share dengan rakan-rakan yang lain, jika anda menyukai apa yang telah saya kongsikan. Semoga yang telah dikongsikan dapat bermanfaat. Selamat Mencuba…

Read More: Ikan Keli Goreng Berlada Paling Lazat Kegemaran Keluarga

Resepi Kari Ikan Bawal Paling Istimewa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *