Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Tumis Serai yang Sedap Bersama Faedahnya– Semalam dah makan daging, jadi hari ni makan ikan pulak. Owhhh cerita pasal ikan ni nampaknya memang harga barang makin naik lah. Dulu masa kerja, tak perasan sangat pasal harga barang ni sebab jarang masak tapi sebab sekarang memang hari-hari masak, pagi petang siang malam. Jadi memang boleh rasa harga barang makin mahal.

Lepas amik si nombor empat dari tadika, saya terus pi pasar malam. Walaupun tak malam lagi tapi penjual ikan dengan sayur dah ada, bolehlah membeli bahan mentah ni. Harga ikan memang dah tau mahal, yang saya terkejut masa beli sayur. Rasa macam tak padan je harga dengan sayur yang dibeli. Aishhhh…pasal tu lah saya dok tanam sayur tapi failed. Sebab bila bercambah je, dua tiga hari hilang. Rupa-rupanya ada cik siput dok makan. Dua hari lepas saya tengok benih honeydew dah 3cm tinggi hari ni, gone!

Dok cerita lain pulak, apa menu hari ni. Saya masak ikan bawal tumis serai sedap. Rasa masam dengan wangi serai. Alaaaaa…macam masak cuka je tapi saya bubuh serai. hehehe… Otomatik nama lauk tu pun bertukar.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ikan kembong/selar saiz besar – boleh juga gunakan ikan bawal dan siakap
  • Garam dan serbuk kunyit
  • Minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • Sikit gula (1/2 sudu kecil)
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil asam jawa + air jadikan pes
  • Air secukupnya (tak perlu banyak)

Bahan Hiris:

  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 batang serai (kalau serai besar letak 2 je) – hiris nipis-nipis
  • 5 biji cili padi – hiris atau belah 2
  • 1 cm halia – hiris batang mancis

Cara Menyediakan:

  • Ikan dibersihkan, kelar dan lumur garam dan serbuk kunyit. Goreng kemudian ketepikan dahulu.
  • Dalam kuali yang sama, kurangkan sikit minyaknya. Tumis bahan-bahan hiris hingga wangi.
  • Masukkan serbuk kunyit dan kacau rata.
  • Masukkan air asam jawa dan air secukupnya untuk kuah.
  • Masukkan garam dan gula dan bila mendidih masukkan ikan goreng tadi.
  • Gaul mesra dan ikut selera masing-masing jika suka berkuah boleh lebihkan kuahnya.
  • Jika tak suka, tak perlu tambah ekstra air. Rasanya garamnya dan jika sudah OK, boleh matikan api dan hidang.

Faedah Serai: Serai telah lama digunakan secara meluas di negara-negara Asia untuk kegunaan perubatan dan begitu banyak digunakan dalam pelbagai masakan. Makanan yang berserai termasuklah tomyam, masak asam, asam pedas, laksa dan banyak macam masakan yang kita makan hari-hari pasti mengandungi serai. Apa yang menjadikannya begitu bagus ubtuk tujuan perubatan adalah kerana ia mempunyai sebatian anti-septik tertentu yang berkesan untuk membunuh mikroorganisme berbahaya seperti bakteri, kulat, parasit dan lain-lain dalam saluran usus pencernaan.

Lauk ni pun feveret anak-anak, senang hati bondanya ini, sebab tak payah nak masak yang extravaganza sangat. hehehe…

Selamat mencuba dan jangan lupa share ya… 😉

Read More: Resepi Sotong Goreng Tomyam Kuah Ala Thai yang Wajib Cuba

Resepi Ikan Tumis Serai yang Sedap Bersama Faedahnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *