Assalamu’alaikum…

Sore ni saya letak pulak entri Ikan Tongkol Goreng Berlada yang begitu sedap dimakan bersama nasi panas yang dimasak lembik-lembik sedikit. Bagi mereka yang tak gemar ikan tongkol, boleh ganti dengan ikan lain atau udang, mat rasa ayam juga sesuai. Ni kira lauk yang begitu ringkas dan cepat. Cuma cili dia kena tumbuk hancur, kalau kisar takut halus sangat dan tak berapa nak menawan.

Resepi macam ni tak menggunakan banyak bahan-bahan. Sesuai juga digandingkan dengan masak lemak sawi putih macam entri sebelum ni. Saya guna Dua ekor ikan tongkol bersaiz sederhana. Plan nak buat nasi dagang, tapi keadaan malas ku amat-amat melampau, jadi korbankan jelah, kasi masak berlada macam kat atas tu. Dan satu lagi, menu macam ni, sesuai untuk orang bujang ..err..yang tak berapa nak bujang pun sesuai juga…hehe..

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • Dua ekor ikan tongkol saiz sederhana
  • Cili kering 15 biji
  • Bawang merah 10 ulas
  • Bawang putih 2 ulas saiz besar
  • Asam keping
  • Asam jawa secubit (ambil airnya)
  • Bawang Holland setengah labu
  • Cili api dua tiga biji
  • Belacan secubit jika suka
  • Minyak Goreng
  • Garam
  • Gula

Cara Merebus Ikan Tongkol:

  • Ikan disiang dan dicuci bersih. Buang semua darah-darah ikan yang melekat pada celah-celah tulang tengah tu. Cuci tiga kali dan siram.
  • Potong ikut potongan bersesuaian menjadi kepingan dalam 2cm lebar ya.
  • Kemudiannya masukkan ikan dalam periuk yang agak sedang elok dengan kuantiti ikan yang ada.
  • Masukkan air lebih kurang tenggelam ikan…jangan terlebih banyak sangat, dan jangan kurang air sangat. Wajib, masukkan asam keping dalam segenggam atau dalam 10 hingga 12 keping. Asam keping ni kena banyak dimasukkan sebab kita perlukan ikan tu menyerap rasa masam-masam masin dan ada manis sikit di hujung rasanya. Kemudian masukkan dua sudu besar (penuh) garam, dan untuk menyedapkan lagi tambahkan sedikit gula dalam satu sudu besar.
  • Masak di atas api sederhana. Tutupkan periuk ya, bila nak mula mendidih nanti, tutupnya perlu dibuka sedikit untuk mengelakkan airnya melimpah keluar. Biarkan lama sikit mendidih, tapi jangan sampai airnya kering, mungkin dalam 20 – 30 minit rasanya.

Cara Menggoreng Ikan Rebus:

  • Menggoreng ni seperti biasa macam kita goreng ikan lain juga. Cuma berhati-hati sebab ikan rebus ni bila digoreng dia akan meletup-letup cket dalam kuali.
  • Goreng tak perlu garing sangat sebab nanti kita nak buat tumis sambalkan. Ikan tongkol yang nak dmasak sambal memang wajib digoreng dahulu (goreng sekejap saja, jangan sampai garing).
  • Setelah selesai urusan menggoreng, maka ketepikan dulu ikan yang telah digoreng tadi.

Cara Membuat Sambal Berlada Ikan Tongkol:

  • Kupas bawang merah 10 ulas (kalau bawang jenis saiz biasa). Kalau bawang merah yang saiz besar tu..saya guna satu setengah biji.
  • Bawang putih dua hingga 3 ulas. Tengok pada saiznya. Jangan banyak sgt bawang putih, nanti masakan jadi tak sedap.
  • Sedikit halia, dalam setengah inci persegi potongan.
  • Cili kering 12 – 15 biji. Cili kering ni rendam air panas sekejap, beri dia cepat lembut dan mudah untuk di blend nanti.
  • Sedikit belacan.
  • Blend semua bahan di atas tadi kecuali bawang putih sahaja ditumbuk berasingan.
  • Masukkan minyak dalam lima enam sudu atau secukupnya untuk menumis. Bila minyak telah panas, tumiskan dulu bawang putih sehingga kekuningan. Kemudiannya masukkan bahan yang diblend tadi. Kacau sehingga pecah minyak…dalam lebih kurang 10 minit. Biarkan hingga sedikit pekat…masukkan dua sudu sos cili, sedikit air asam jawa, gula dan garam.
  • Setelah selesai proses ini, masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan biarkan ia mereneh dalam lima minit supaya ikan dan kuah dapat menyerap elok. Masukkan bawang holland yang telah dimayam, juga cili api yang telah dipotong kecil.
  • Selepas itu boleh diangkat dan dihidangkan.

Selamat mencuba dan semoga berjaya…

Read More: Resepi Ikan Siakap Bakar Berempah Harum dan Sedap

Resepi Ikan Tongkol Goreng Berlada yang Sedap Sangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *