Assalamu’alaikum…

Resepi Ikan Tenggiri Sweet Sour Favorite Keluarga – Mengikut apa yang saya baca dan dengar dalam youtube Ustaz Fawwaz bahawa salah satu tanda dunia akhir zaman ialah bila mana masa terasa sangat singkat. Manakala tanda sebelum matahari naik di sebelah Barat ialah berlaku malam yang panjang, iaitu kira kira 2 hingga 3 hari panjangnya. Jadi jika ada tanda ini, mulailah bertaubat atau memperbaharui taubat sebelum pintu taubat ditutup.

Itulah pentingnya untuk kita mempunyai ilmu supaya kita tahu apa yang perlu dilakukan. Contohnya kita perlu tahu berkenaan fitnah dajjal, macam mana mahu kenal dajjal dan apa yang perlu dibuat bila berhadapan dengan dajjal. Rasulullah telah mengajar semuanya ini. Sama samalah kita persiapkan diri kita dengan memperbanyakkan menuntut ilmu dengan menghadiri majlis majlis ilmu yang merupakan taman taman syurga. Jika taman syurga di dunia, tidak kita mahu kunjungi. Apakah kita layak untuk menghuni syurga yang sebenarnya?.. Walloohu a’lam…

Jom layan resepi mudah yang saya sediakan hari ini. kali ni saya nak kongsi resepi ikan tenggiri sweet sour favorite kami sekeluarga terutama anak-anak saya tu kalau masak menu ni memang bertambah la mereka makan nasi hihihi.. Resepi seperti ini, boleh jer dibuat ikut citarasa sendiri atau mengikut bahan-bahan yang ada dalam peti ais di rumah masing masing. Jom layan resepi.

Artikel Lainnya:

Bahan-bahan:

  • Ikan tenggiri anggaran berat 1kg – dipotong kepada kepingan kecil
  • 1 biji bawang besar – dipotong membulat
  • 2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 1 biji cili capsicum merah/kuning -dipotong kecil
  • 1/2 sudu kecil tepung jagung-utk pekatkan kuah

Bahan Sos:

  • 2 biji tomato saiz sedang – masak ranum – dipotong kecil-kecil
  • 4 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu kecil sos sotong-nampla
  • Sedikit jus limau/lemon atau air asam jawa
  • 1/2 cawan air – kalau kurang tambah la lagi
  • Garam dan gula secukup rasa

>> Rasa sos jika ada bahan yang terkurang boleh ditambah lagi. Resepi ni boleh diubah suai ikut pasa selera sendiri .Bila kurang masin baru ditambah garam <<

Cara Memasak:

  • Bersihkan semua ikan dan ditos , gaul ikan dengan garam dan kunyit .
  • Panaskan minyak secukupnya untuk deep fry kemudian goreng semua isi ikan sehingga masak serta sedikit garing . Angkat ikan dan tos kemudian susun dalam pinggan yang sesuai.
  • Kupas semua bawang dan halia kemudian dimayang halus.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang dan halia , kacau serta biar sampai bawang layu.
  • Masukkan cili capsicum dan buah tomato serta kacau sekejap.
  • Masukkan semua air , semua sos dan kacau bagi semua bahan mesra.
  • Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuang ke dalam kuah tadi dan kacau pelahan sampai kuah jadi pekat.
  • Bila kuah dah mendidih dan masak tuang semua kuah ni ke atas ikan yang sudah digoreng tadi , dah pun siap menu ni.

Selamat mencuba dan semoga berjaya…

Read More: Ikan Kerapu Sweet Sour Simple yang Wajib Cuba

Resepi Ikan Tenggiri Sweet Sour Favorite Keluarga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *